PARIT: Pelajar luar bandar yang terdiri daripada golongan B40 disaran untuk mengambil peluang mengikuti Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (Sulung) bagi meningkatkan tahap akademik.
Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Mohammad Shatar Sabran, berkata menerusi program itu, pelajar terpilih bukan hanya dibantu masuk dan belajar di peringkat pengajian tinggi, malah golongan itu akan turut diberi biasiswa, kemudahan dan motivasi sehingga membantu mereka mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian.
Katanya, objektif program diperkenalkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad itu ialah untuk membangunkan golongan siswa B40 serta mengubah nasib keluarga mereka dengan mewujudkan orang pertama dalam sesebuah keluarga melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.
"Diharap masyarakat di luar bandar mengambil kesempatan ini bagi mengubah landskap ekonomi keluarga selepas ada dalam kalangan keluarga mereka pada masa akan datang.
"Buat permulaan, program yang diletakkan di bawah strategi ketujuh dalam Amanat Tahun 2022 ini akan dilaksanakan di Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika di Program Outreach BKPA-UiTM 2022 @Perak Tengah, di sini, hari ini.
Program anjuran Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu bertujuan menyebar luas peluang yang boleh ambil oleh pelajar terutama dari luar bandar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.
Program dua hari itu disertai institusi pengajian tinggi (IPT) dari sekitar Perak termasuk UPSI, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), UiTM Perak, Kolej Komuniti dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang datang spesifik untuk merekrut lebih ramai kadet.
Hadir sama, Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria; Rektor UiTM Cawangan Perak, Prof Sr Dr Md Yusof Hamid; Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Wahi Nordin; ADUN Belanja, Khairudin Abu Hanipah dan Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah, Mohd Fathilah Mohd Noor.
Sementara itu, Wahi berkata, bagi menjayakan Program Sulung, pihak BKPA Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) akan mengenal pasti calon yang membuat permohonan sama ada dalam kategori B40 atau sebaliknya.
Katanya, BKPA mengorak langkah dengan menambah dua soalan dalam borang permohonan UPUonline sesi 2022/ 2023 bagi mengenal pasti sama ada mereka mempunyai abang atau kakak yang sudah melanjutkan pengajian ke universiti.
"Kedua, calon perlu menjawab mereka anak ke berapa daripada pertama hingga kesembilan atau selebihnya bagi mengenal pasti calon adakah yang pertama dalam kalangan adik beradik atau sulung memasuki universiti.
"Kita akan berbincang dengan universiti yang menjayakan program supaya menawarkan program bersesuaian berdasarkan kelayakan calon ini dengan data yang ada pada permohonan kemasukan," katanya.
Astro Awani
Tue Jan 25 2022
Mohammad Shatar berkata menerusi program itu, pelajar dibantu belajar di peringkat pengajian tinggi dan turut diberi biasiswa, kemudahan dan motivasi.
Ceroboh hutan Raub: Tindakan penguatkuasaan berdasarkan bukti - MB Pahang
Tindakan penguat kuasa menahan dua individu yang didakwa menceroboh kawasan hutan di Raub semalam dibuat berdasarkan bukti kukuh, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
"Yang tak ambil gaji dikritik, yang mencuri tak salah"
Satu tahun setengah sebagai perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ulangi tetap tegas tidak benar sebarang 'kecurian' atau 'kronisma' dalam kerajaan.
Isu Palestin: Ini soal prinsip dan nilai
Perdana menteri tegaskan walaupun berdepan kerugian, kerajaan Madani mahu memastikan keputusan yang diambil turut mengambil kira soal nilai dan prinsip.
Kedudukan, profil Malaysia tinggi di peringkat antarabangsa
Anwar akui antara kelemahan utama kerajaan adalah komunikasi sehingga rakyat tidak sedar reputasi tinggi negara di peringkat antarabangsa.
"Saya boleh terima kritikan tapi jangan fitnah"
Anwar kesal apabila masih dituduh tidak berbuat apa-apa sedangkan sudah banyak usaha dilaksanakan untuk rakyat.
"Tengok keperluan, mana perlu ditambah"
Sektor awam dikatakan bloated dengan jumlah penjawat yang ramai, namun perdana menteri tegaskan ia perlu terutama sektor-sektor kritikal.
Lee Hsien Loong lepas jawatan, seru rakyat bersatu padu
Perdana Menteri, Lee Hsien Loong menyeru rakyat Singapura untuk kekal bersatu padu dan kekalkan kestabilan politik demi masa depan negara.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
LAPD sahkan polis campur tangan protes di UCLA
Polis Los Angeles mengesahkan telah menghantar satu pasukan untuk mengawal ketenteraman di protes pro-Palestin di Universiti California Los Angeles (UCLA).
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Rangka stategi bantu Palestin, libatkan negara bukan Islam
Perdana Menteri berkata negara-negara Islam perlu libatkan negara-negara bukan Islam dalam strategi membebaskan Palestin dari kekejaman Israel.
MQA lancar e-MAS, platform bersepadu sistem akreditasi pendidikan tinggi negara
MQA melancarkan sistem akreditasi untuk membolehkan permohonan akreditasi program dibuat sepenuhnya secara atas talian iaitu menerusi e-MAS.
MQA, Islamic Azad University, Iran setuju beri pengiktirafan bersama
MQA bersetuju untuk menjalin kerjasama dengan Islamic Azad University, Iran yang mempunyai jaringan 400 cawangan di seluruh negara Asia Barat itu.
MQA, UMSU meterai MoU tubuh Pusat Penilaian APEL antarabangsa pertama di Indonesia
MQA menubuhkan Pusat Penilaian Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) pertama di luar negara di Indonesia.
Peluang pekerja masuk universiti guna pengalaman kerja
Tawaran dibuat selepas mendapat kelulusan MQA untuk melaksanakan APEL kepada mereka yang tiada sijil kelayakan memasuki universiti.
Pengiktirafan bersama mampu tarik minat pelajar Rusia ke Malaysia - MQA
Malaysia dan Rusia sepakat untuk mewujudkan pengiktirafan bersama dalam sektor pengajian tinggi bagi memperluas akses mobiliti pelajar dan memudahkan usaha akreditasi program.
Biodiversiti Malaysia mampu lonjak imej IPT, tarik pelajar luar negara
Institusi pendidikan tinggi (IPT) tempatan disaran memanfaatkan sumber biodiversiti yang terdapat di Malaysia bagi menarik minat pelajar antarabangsa terbaik untuk menyambung pengajian di negara ini.
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia akan beroperasi bulan depan
Kelulusan itu sekali gus akan membuka lembaran baharu dalam usaha memperkasakan agenda keusahawanan khususnya di peringkat IPT.
Denda, penjara menanti IPTS tawar program tidak dapat akreditasi MQA - Khaled Nordin
Mohamed Khaled memaklumkan, semua tindakan itu boleh diambil berdasarkan Seksyen 96 dan 97 Akta MQA (Akta 697.
MQA rangka 10 inisiatif lonjak pendidikan tinggi negara
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menggariskan 10 inisiatif bagi memacu kecemerlangan pendidikan tinggi negara.
UKKM mula operasi selewat-lewatnya Disember tahun ini
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) dijangka memulakan operasi selewat-lewatnya Disember tahun ini selepas mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).