MALAYSIA
MQF edisi kedua kuat kuasa 1 Ogos 2026 - Zambry
Menurut Zambry, MQF 2.0 merupakan kerangka bersepadu untuk semua kelayakan meliputi sektor akademik hingga Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) Edisi Kedua (2024) yang telah ditambah baik Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 2026.
Menterinya, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, MQF 2.0 merupakan kerangka bersepadu untuk semua kelayakan meliputi sektor akademik hingga Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Beliau berkata kerangka itu memberi penekanan kepada hasil pembelajaran, sistem kredit yang jelas, serta integrasi nilai kelestarian dan kompetensi negara untuk melahirkan graduan holistik dan bertanggungjawab.
"Inilah antara pencapaian yang membanggakan kita semua atas dasar pengantarabangsaan pendidikan tinggi Malaysia, yang sekarang ini telah mencapai kejayaan cemerlang.
"Saya ucapkan taniah kepada MQA dan seluruh ekosistem yang membantu dalam pencapaian ini," katanya berucap pada Majlis Anugerah MQA 2025 yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di sini malam tadi.
Dalam pada itu, Zambry berkata majlis yang julung kalinya dianjurkan itu, bertujuan mengiktiraf kecemerlangan kualiti dalam pendidikan tinggi negara.
Universiti Tenaga Nasional diumumkan sebagai penerima Anugerah Utama Kategori Anugerah Utama Jaminan Kualiti yang menerima trofi dan sijil.
Anugerah itu merangkumi semua sektor pendidikan tinggi termasuk universiti awam, swasta, politeknik, kolej komuniti, kolej swasta dan institut latihan awam, selari dengan aspirasi Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Malaysia (PPTM) 2025-2035.
-- BERNAMA