awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Mr H" tidak hadir beri keterangan kerana tidak sihat - KPN

Bernama
Bernama
22/11/2023
15:36 MYT
"Mr H" tidak hadir beri keterangan kerana tidak sihat - KPN
Proses merekod keterangan itu sepatutnya dilakukan di Balai Polis Presint 11, Putrajaya pada petang tadi dan perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Proses mengambil keterangan "Mr H" berkaitan penularan rakaman video perbualan lucah antara seorang lelaki dengan seseorang yang mirip bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Mohammad Agus Yusoff hari ini, ditangguh susulan individu itu tidak sihat.
Proses merekod keterangan itu sepatutnya dilakukan di Balai Polis Presint 11, Putrajaya pada petang tadi dan perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
"Beliau tak hadir sebab kurang sihat. Tarikh baharu (rekod keterangan) akan dimaklum kemudian," katanya ringkas kepada Bernama malam ini.
Hari ini, Razarudin dilapor berkata tiga individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain.
Mohammad Agus pada sidang medianya Jumaat lepas di sebuah hotel di Bangi dekat sini, mendakwa video itu disunting dan beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mr H
#tidak hadir beri keterangan
#tidak sihat
#Ketua Polis Negara Razarudin Husain
#Mohammad Agus Yusoff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan