MALAYSIA
MRANTI perkukuh usaha pengkomersialan, gerakkan ekonomi dipacu inovasi
MRANTI berperanan sebagai enjin pelaksana yang mempercepatkan inovasi untuk dibawa ke peringkat pelaksanaan sebenar. - Gambar MRANTI
KUALA LUMPUR: Malaysia terus menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi, namun pulangan ekonomi yang dapat diterjemahkan ke pasaran masih belum sepadan dengan keupayaan penyelidikannya.
Ringkasan AI
Kelemahan itu berlaku dalam keadaan pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara kekal sekitar satu peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jauh lebih rendah berbanding 2.5 hingga 4 peratus di bawah negara pemacu inovasi seperti Korea Selatan, Jepun dan Jerman.
Jurang itu menjejaskan kedudukan daya saing negara, selain memberi implikasi kepada kedaulatan teknologi dalam sektor kritikal termasuk keselamatan makanan, penjagaan kesihatan, pertahanan dan ketahanan iklim.
Sejajar aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk memacu ekonomi berasaskan inovasi, kerajaan memperkenalkan Roadmap Research, Development, Innovation and Commercialisation Ecosystem (RDICE) bagi mengharmonikan pelaburan R&D, menyelaras kadar pengkomersialan dan memperkukuh ekosistem inovasi kebangsaan.
Ketua Pegawai Ekosistem Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), Safuan Zairi, berkata RDICE menetapkan hala tuju baharu dengan menumpukan penyelidikan yang didorong misi negara, penjajaran pelaburan, serta penyelarasan prestasi pengkomersialan merentasi agensi.
Menurutnya, kedudukan Perbelanjaan Kasar Penyelidikan dan Pembangunan (GERD) negara pada paras satu peratus KDNK menuntut mekanisme yang lebih agresif bagi memastikan penyelidikan dapat dimanfaatkan secara komersial dan memberi pulangan yang jelas kepada ekonomi.
“Di bawah kerangka ini, agensi seperti ASM dan RMU memperkukuh penjajaran penyelidikan, manakala MRANTI berperanan sebagai enjin pelaksana yang mempercepatkan inovasi untuk dibawa ke peringkat pelaksanaan sebenar.
“Kami sudah melihat hasil yang memberangsangkan. MRANTI telah mempercepatkan perkembangan lebih 278 syarikat pemula dengan melibatkan lebih 583 pengasas dan rakan pengasas melalui Global Accelerator Programme, menyokong syarikat yang memperoleh pembiayaan, melaksanakan penyelesaian bersama industri serta mengembangkan operasi mereka ke peringkat serantau,” katanya.
MRANTI turut menerajui beberapa program strategik nasional di bawah RDICE termasuk National Technology and Innovation Sandbox (NTIS), Penggunaan Barangan dan Perkhidmatan Hasil R&D Tempatan (MySTI) dan AI Connect, selain menggerakkan dana pengkomersialan dan pembangunan bakat teknologi seperti Registered Technology Transfer Professional (RTTP) dan Registered Technology Commercialisation Accelerator (RTCA).
“Menerusi NTIS, kami telah menyokong lebih 200 projek inovasi, mengkomersialkan lebih 80 produk dan menjana nilai komersial melebihi RM150 juta.
“Menerusi MySTI, sebanyak 579 produk telah diluluskan, sekali gus mengukuhkan keterlihatan penyelidikan dan pembangunan negara serta mengurangkan pertindihan.
“Menerusi AI Connect, kami kini menyokong 114 syarikat pemula AI, melatih 125 individu dan melaksanakan 12 penyelesaian pertanian berasaskan AI,” jelasnya.
Selain itu, pelaksanaan Malaysia Drone Technology Action Plan 2022–2030 (MDTAP30) turut mempercepatkan adaptasi teknologi dron dalam industri, dengan operasi semburan pertanian mampu dijalankan sehingga dua kali lebih pantas berbanding kaedah manual, sekali gus mengurangkan kos serta meningkatkan produktiviti ladang.
RDICE turut menekankan kerjasama ekosistem secara menyeluruh, merangkumi kementerian, industri, akademia dan rakan global, bagi memastikan setiap inovasi dapat digerakkan dari peringkat makmal ke pasaran secara tersusun.
Melalui pendekatan yang lebih bersepadu ini, MRANTI yakin Malaysia mampu bergerak daripada sekadar negara pengeluar penyelidikan kepada sebuah negara pencipta teknologi yang mampu mengkomersial, mengeskport dan meningkatkan nilai ekonomi berasaskan inovasi.
Ringkasan AI
- Malaysia menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi tetapi pulangan ekonomi daripadanya masih rendah berbanding negara pemacu inovasi seperti Korea Selatan, Jepun dan Jerman.
- Jurang kelemahan dalam pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara pada paras satu peratus KDNK menyebabkan impak terhadap daya saing negara dan kedaulatan teknologi dalam sektor kritikal.
- Roadmap RDICE diperkenalkan untuk mengharmonikan pelaburan R&D, memperkuat pengkomersialan, dan memperkukuh ekosistem inovasi kebangsaan, sejajar dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 untuk memacu ekonomi berasaskan inovasi.