MALAYSIA
MRCSB anjur karnival STEM, perkasa bakat masa depan anak Melaka
Melaka Future Talent (MFT) menjadi platform penting yang menghimpunkan tenaga pengajar, pakar industri dan pelajar dalam satu ruang pembelajaran kreatif.
ALOR GAJAH: Malaysian Refining Company Sdn Bhd (MRCSB), anak syarikat milik PETRONAS bersama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) terus memperkukuh agenda pendidikan negeri apabila menganjurkan Melaka Future Talent: STEMatic Carnival, sebuah karnival dua hari bagi meningkatkan minat serta kompetensi pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Program yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE), Alor Gajah itu menghimpunkan 690 pelajar dari 313 sekolah rendah dan menengah seluruh negeri, termasuk penyertaan pelajar prasekolah dan pendidikan khas.
Sejak dilancarkan pada 2022, Melaka Future Talent (MFT) menjadi platform penting yang menghimpunkan tenaga pengajar, pakar industri dan pelajar dalam satu ruang pembelajaran kreatif.
Program ini turut menyumbang secara tidak langsung kepada agenda nasional yang lebih luas dalam memacu inovasi, memperkukuh tenaga kerja, dan meletakkan Malaysia pada landasan pembangunan mampan di persada global.
Tahun ini, program itu memberi tumpuan kepada integrasi Matematik dengan konsep STEM menerusi aktiviti berbentuk interaktif dan penyelesaian masalah dunia sebenar.
Selain memperkasa pelajar, program ini turut mengangkat peranan Duta Guru, iaitu kumpulan pendidik terlatih yang bertanggungjawab memacu pedagogi Matematik di sekolah.
Guru Sekolah Kebangsaan Tedong, Mohd Emran Musa, menyifatkan penganjuran karnival pendidikan seperti ini wajar diteruskan kerana memberi manfaat kepada pelbagai pihak.
“Bila ada penglibatan-penglibatan yang berbeza, sebab kita tidak terhad saja kepada KPM, dan bila melibatkan NGO atau pihak luar, ia mewujudkan satu penggabung jalinan yang berbeza.
“Dan gabungan itu akhirnya membentuk satu budaya pembelajaran yang lebih luas, seterusnya membantu perkembangan murid menjadi lebih baik,” katanya ketika ditemui pada karnival berkenaan.
Karnival yang berlangsung pada 26 dan 27 November lalu itu turut menampilkan kelas pembelajaran melibatkan murid Tahun Enam serta pelajar Tingkatan Tiga dan Empat.
Setiap sekolah menghantar dua wakil pelajar untuk menyertai sesi yang merangkumi aktiviti Matematik kreatif, pembelajaran berasaskan masalah dan eksplorasi STEM secara lebih inklusif.
Segmen seperti Bicara STEMatic, sesi perkongsian Duta Guru dan forum kerjaya PETRONAS menjadi antara tumpuan utama pelajar yang mana pada forum tersebut, selain kakitangan PETRONAS memberi perkongsian berkaitan kerjaya masa depan, laluan akademik serta peluang biasiswa dalam sesi bersemuka dan kumpulan kecil.
Pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Hang Kasturi, Chong An Shun, berkata beliau mendapat banyak maklumat baharu terutamanya mengenai peluang pembiayaan pendidikan.
“Biasanya saya dengar PETRONAS bagi biasiswa kepada pelajar yang pandai, tapi saya sendiri tak tahu sama ada pelajar dari aliran peralihan layak atau tidak untuk memohon.
“Jadi, bila datang sini, saya dapat tanya sendiri, dan rupanya ada lebih banyak bantuan daripada yang saya sangka. Ia sangat membantu pelajar macam kami faham hala tuju masa depan,” ujarnya.
Seorang lagi pelajar, M. Tamil Kumaran, berkata penyertaan dalam karnival itu membuka wawasan baharunya mengenai kejuruteraan dan pembangunan infrastruktur negara.
“Bila datang sini, selain dapat ilmu, kita dapat lihat bagaimana minat remaja boleh ditarik melalui aktiviti yang lebih menarik. Kita pun sedar yang Malaysia sebenarnya banyak kemajuan.
“Tadi kami belajar tentang jambatan ‘conventional bridge’, dan saya rasa mungkin satu hari nanti remaja macam kami pula yang akan cipta jambatan lebih kukuh, yang tak ada di dunia sekarang,” jelasnya.
Secara keseluruhan, STEMatic Carnival kini menjadi salah satu platform pendidikan terbesar di Melaka bagi meningkatkan minat pelajar terhadap STEM, seiring aspirasi negeri melahirkan generasi muda yang berkemahiran tinggi.
Data pendidikan negeri turut menunjukkan cabaran dalam prestasi Matematik masih ketara, dan penganjuran karnival seperti ini dirangka untuk mengintegrasikan Matematik dengan Sains, Teknologi dan Kejuruteraan secara lebih sistematik, seterusnya memupuk minat dan mengukuhkan kecekapan pelajar.