SHAH ALAM: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengemukakan tiga persoalan berhubung kontroversi penubuhan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar.
Beliau mempersoalkan keperluan membina MRSM khusus untuk golongan berpendapatan tinggi sedangkan terdapat lebih 180 sekolah swasta dan antarabangsa di Malaysia.
Selain itu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga bertanya sama ada Majlis Amanah Rakyat (Mara) kini mahu lebih fokus kepada bidang perniagaan.
“(Soalan) kedua, adakah Mara kini fokus untuk buat bisnes kerana dulu buat bisnes di Australia rugi puluhan juta. Dulu buat bisnes Mara Digital Mall sekarang terpaksa ditutup.
“Soalan ketiga, siapa akan dapat projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) ini? Adakah ia akan menjadi berat sebelah seperti sebelum ini?
“Jangan kita ulangi kesilapan yang sama. Saya bangkitkan soalan-soalan ini bukan kerana nak hentam kerajaan tetapi kerana saya juga adalah anak Mara,” katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebooknya pada Jumaat.
Syed Saddiq sebelum ini pernah menyuarakan pertanyaan kepada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi meminta penjelasan berkenaan proses, sumber pendanaan dan juga tanah untuk membina MRSM berbayar.
Ahmad Zahid yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan memberi jaminan untuk tidak akan menggunakan tanah Mara yang dikhaskan buat golongan miskin bagi membina MRSM berbayar.
Jelas beliau, sebaliknya kerajaan akan menggunakan PFI dan bekerjasama dengan institusi kewangan untuk pembiayaan MRSM berkenaan.
Ujarnya, permintaan untuk memasuki MRSM berada di tahap lebih 300 peratus daripada kemampuan dan hal itu perlu ditangani serta dilakukan dengan kaedah di luar kotak. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 24 2023

Syed Saddiq sebelum ini pernah meminta penjelasan kerajaan berhubung proses, sumber pendanaan dan juga tanah untuk membina MRSM berbayar. - Gambar fail

Tragedi Everest: Keluarga Muhammad Hawari reda SAR ditamatkan
Ahli keluarga pendaki Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim terima dengan hati penuh hiba keputusan misi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan.

Kalimah Allah: Jangan politikkan sehingga Majlis Raja-Raja buat keputusan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menegaskan baginda telah menyatakan pandangannya berhubung perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penuntut USAS lemas ketika berkelah bersama rakan di Air Terjun Batu Hampar
Perkelahan penuntut Universiti Sultan Azlan Shah di Air Terjun Batu Hampar Padang Rengas bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas.

Dewan Rakyat: Tuan Ibrahim dakwa Empangan Chereh pecah pada Nov 2021
Tuan Ibrahim mendakwa, kejadian itu menyebabkan simpanan bekalan air minuman di bandar Kuantan melibatkan beberapa loji terjejas.

Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak
Suami isteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, dua bulan lalu.

Polis kesan lelaki bantu siasatan kes bunuh di Klang
Lelaki itu ialah B Perkas Rao @ Rider, 41, yang memiliki empat rekod jenayah lampau dan dua rekod berkaitan dadah.

Tanah rizab Melayu: Tak ada apa yang hendak kita sembunyikan - Saarani
Kerajaan Perak bersedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) susulan laporan yang dibuat Ketua Pembangkang membabitkan tanah rizab Melayu di negeri itu.

Sukan tempur kini diklasifikasi sebagai aktiviti sukan di sekolah - Hannah
Klasifikasi itu bagi memastikan atlet sukan tempur di sekolah mendapat pengiktirafan yang setara dengan sukan lain selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).

Jual pasir ke Pulau Pinang: Kenapa tidak? - MB Perak
Perak bersedia untuk menjual pasir dan batu di negeri itu sekiranya ada permintaan dibuat Kerajaan Pulau Pinang bagi membangunkan projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI).

Penyanyi legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto meninggal dunia
Berita pemergian Gilberto dikongsi oleh ahli keluarganya di media sosial.

Tiada inisiatif serius berhubung cadangan MRSM berbayar - Asyraf Wajdi
Cadangan itu merupakan cetusan dan hasrat daripada ahli-ahli alumni, Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (Ansara) yang telah dibincangkan sejak 2017

MRSM berbayar: Syed Saddiq kemuka tiga persoalan
Beliau mempersoalkan keperluan MRSM berbayar sedangkan terdapat lebih 180 sekolah swasta dan antarabangsa di Malaysia.

Tiada siapa mampu cemari hubungan baik PM dan TPM
Walaupun ada pihak tertentu cuba mengeruhkan hubungan mereka, Ahmad Zahid mempunyai hubungan rapat dengan Najib dan beliau pernah menjadi setiausaha politik kepada Najib satu ketika dahulu.

MRSM berbayar masih dalam kajian peringkat awal - Ismail Sabri
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah masih mengadakan kajian di peringkat awal susulan cadangan penubuhan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar di negara ini.