KOTA BHARU: Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dilihat masih menjadi institusi pengajian terulung apabila menerima sebanyak 73,134 permohonan kemasukan pada tahun ini.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata jumlah itu adalah 10 kali ganda berbanding tempat disediakan iaitu untuk 7,169 pelajar sahaja dari seluruh negara.
Beliau berkata jumlah permohonan itu jelas menunjukkan MRSM masih menjadi pilihan pada hari ini.
"Di seluruh negara ada 55 MRSM yang bakal diisi oleh pelajar baharu. Bagi yang gagal mereka boleh membuat rayuan, kemasukannya akan dilihat kepada jumlah pelajar yang tidak hadir membuat pendaftaran ataupun yang menolak tawaran.
"Kita juga tahu sekolah lain sudah mula menawarkan tempat dan sebagainya. Apa yang penting pendidikan adalah antara agenda utama MARA dan kita percaya itu antara sebab MRSM menjadi pilihan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sesi Lawatan dan Perjumpaan Pengerusi MARA Bersama Warga MRSM Pengkalan Chepa dan Ketua Pusat Pentadbiran MARA Kelantan di sini hari ini.
Terdahulu Asyraf mengadakan sesi libat urus bersama warga MRSM Pengkalan Chepa dan Ketua Pusat Pentadbiran MARA Kelantan.
Sementara itu, Asyraf berkata sejumlah RM300,000 telah diluluskan untuk MRSM Pengkalan Chepa bagi menaik taraf kelengkapan di institusi itu termasuk menambah baik peralatan di bilik guru yang dilihat semakin uzur.
Menurutnya MRSM Pengkalan Chepa adalah institusi pertama di luar ibu pejabat yang dilawati secara mengejut dan berdasarkan lawatan memang terbukti banyak fasiliti di situ perlu ditambah baik.
"Saya telah menghubungi Ketua Pengarah MARA dan peruntukan telah diluluskan segera," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2023

Asyraf berkata, jumlah 73,134 permohonan itu jelas menunjukkan MRSM masih menjadi pilihan pada hari ini. - Foto Astro AWANI

Video tular: Polis minta pemandu bas guna telefon ketika memandu serah diri
Tindakan pemandu itu tular di media sosial TikTok menerusi satu rakaman video berdurasi 21 saat.

Bot Karam: 11 rakyat Malaysia hanyut ke Filipina
11 individu termasuk tiga kanak-kanak berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka karam sebelum hanyut ke perairan Filipina, sejak tiga hari lalu.

PM Anwar bertemu Premier Li Qiang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Li Qiang.

Malaysia hos edisi sulung Kongres Hoki Dalam Air Dunia Oktober ini
Ia melibatkan tiga kategori bagi acara 4v4 iaitu lelaki elit, wanita elit dan remaja (bercampuran).

Johan Jaaffar kesal Fahmi Fadzil bidas laporan BH
Dakwaan dibuat oleh Fahmi yang juga menteri bertanggungjawab ke atas media dan sebagai jurucakap kerajaan sama sekali tidak wajar dan tidak bertanggungjawab.

Ustaz Azhar semakin sihat, perlu jalani rawatan susulan
Ia berdasarkan perkembangan terbaharu beliau melalui sekeping gambar yang dimuat naik seorang pengguna media sosial Facebook menggunakan nama pena Dean Al-Barakah pada Jumaat.

Tenis: Wimbledon akan tarik balik larangan kepada pemain Rusia dan Belarus
Tetapi, pemain yang mendapat pembiayaan daripada Rusia atau Belarus tidak dibenarkan menyertai kejohanan berkenaan.

Noraini Idris dilantik Ketua Wanita UMNO Sabah
Noraini berkata, pelantikannya sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah datang sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar untuk dilaksanakan.

Nur Shahida mengaku sudah berkali nasihat suaminya Aliff Syukri
"Sebagai orang yang dekat, saya dah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau."

UiTM Machang guna iMistroom 2000 bantu mahasiswa hasil cendawan tiram putih
Kaedah iMistroom dan IoT ini dapat membantu mahasiswa dan komuniti setempat menjana pendapatan bagi meningkatkan taraf hidup.

MRSM berbayar: Syed Saddiq kemuka tiga persoalan
Beliau mempersoalkan keperluan MRSM berbayar sedangkan terdapat lebih 180 sekolah swasta dan antarabangsa di Malaysia.

30 peratus pelajar MRSM berbayar mungkin dari keluarga B40
Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata mereka ini merupakan kumpulan pelajar yang mendapat tajaan daripada badan-badan korporat.

Isu mewujudkan MRSM berbayar jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu cadangan mewujudkan MRSM berbayar dan kos perbelanjaan jemaah haji akan jadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.

Halusi cadangan tubuh MRSM berbayar untuk orang kaya - Asyraf Wajdi
Ini kerana wujud permintaan oleh ibu bapa daripada golongan berkenaan yang berhasrat menghantar anak mereka menyambung pelajaran ke institusi itu.

MRSM terima lebih 70,000 permohonan kemasukan tahun ini - Asyraf Wajdi
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dilihat masih menjadi institusi pengajian terulung apabila menerima sebanyak 73,134 permohonan kemasukan pada tahun ini.

Bas bawa guru, pelajar MRSM terbalik, lima cedera
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, pemandu dan empat pelajar mengalami cedera ringan.

Konsert Aspirasi Muzikal 2022 terus jadi platform pelajar MRSM kembang bakat
Konsert Aspirasi Muzikal 2022 anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus menjadi platform utama buat pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengembangkan bakat dalam bidang keseniaan.

KPLB teruskan rancangan bina lima lagi MRSM
Angka terbaharu itu bakal menyaksikan sebanyak 62 buah MRSM bakal beroperasi di Malaysia kelak.

Tidak wujud unsur gangsterisme dalam kejadian di MRSM Kuantan - PDRM
Ketua Polis Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu memaklumkan kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Polis terima dua laporan berkaitan dakwaan buli di MRSM
Laporan pertama diterima daripada pihak sekolah pada 8 Ogos lepas, manakala ibu kepada pelajar yang mendakwa dibuli itu turut membuat laporan polis semalam.