MALAYSIA
MRT laluan Putrajaya alami gangguan, kerja baik pulih dijalankan
Rapid Rail memaklumkan pasukan teknikal dan kejuruteraan syarikat itu sedang bertungkus-lumus melaksanakan kerja pemulihan bagi mengembalikan operasi perkhidmatan secepat mungkin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren transit aliran massa (MRT) laluan Putrajaya mengalami gangguan berikutan kerja naik taraf sistem semboyan yang sedang giat dilaksanakan.
Ringkasan AI
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pasukan teknikal dan kejuruteraan syarikat itu sedang bertungkus-lumus melaksanakan kerja pemulihan bagi mengembalikan operasi perkhidmatan secepat mungkin.
"Bagi memudahkan perjalanan penumpang, sebanyak 40 bas perantara percuma disediakan dan beroperasi tanpa henti antara Stesen Kwasa Damansara dan Putrajaya Sentral," menurut kenyataan itu.
Rapid Rail turut menyarankan pengguna menggunakan perkhidmatan alternatif lain seperti laluan Ampang/Sri Petaling dan Monorel bagi pengguna di Stesen MRT Titiwangsa serta laluan Kelana Jaya bagi pengguna di Stesen MRT Ampang Park dan Persiaran KLCC.
Pengguna di Stesen MRT TRX pula boleh menggunakan laluan Kajang manakala pengguna di Stesen MRT Chan Sow Lin dan Sungai Besi disaran menaiki laluan Ampang/Sri Petaling.
Menurut Rapid Rail penumpang yang ingin meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mereka disarankan menggunakan laluan Ampang/Sri Petaling ke Stesen Bandar Tasik Selatan sebelum menaiki Express Rail Link (ERL) dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke KLIA.
Penumpang di pusat bandar pula boleh terus menggunakan perkhidmatan ERL dari KL Sentral ke Terminal KLIA.
Buat sementara waktu, tren akan dipandu secara manual antara Stesen Kwasa Damansara hingga Putrajaya Sentral dan akan berhenti lebih lama di setiap stesen bagi memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan.
"Sebagai langkah berjaga-jaga, anggota polis bantuan dan petugas stesen ditempatkan di platform serta ruang legar bagi membantu penumpang sekiranya diperlukan," katanya.
Rapid Rail turut menasihatkan penumpang agar merujuk laman sosial Rapid KL bagi mendapatkan maklumat serta perkembangan terkini status perkhidmatan dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perkhidmatan MRT laluan Putrajaya mengalami gangguan berikutan kerja naik taraf sistem semboyan, dan Rapid Rail kini giat melaksanakan pemulihan operasi dengan bantuan pasukan teknikal dan kejuruteraan.
- Sebanyak 40 bas perantara percuma disediakan antara Stesen Kwasa Damansara dan Putrajaya Sentral, manakala pengguna disaran menggunakan laluan alternatif seperti Ampang/Sri Petaling, Monorel, Kelana Jaya dan ERL untuk ke KLIA.
- Tren dipandu secara manual dan akan berhenti lebih lama di setiap stesen bagi menjamin keselamatan, dengan anggota polis bantuan dan petugas stesen ditempatkan untuk membantu penumpang, serta maklumat terkini boleh dirujuk di laman sosial Rapid KL.