MRT: Pengguna tidak puas hati perjalanan tergendala, minta pampasan

Astro Awani
Januari 5, 2022 08:07 MYT
Pengguna menyasarkan laman sosial bagi menyampaikan amarah dan rasa kecewa atas kelewatan jadual perjalanan yang berlaku di MRT Laluan Kajang pada pagi Rabu. - Foto Twitter/@Darysyini98
KUALA LUMPUR: Kebanyakan pengguna perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Kajang meluahkan rasa marah dan tidak puas hati selepas berlakunya kelewatan jadual perjalanan pada pagi Rabu.
Situasi berkenaan menyebabkan pergerakan tren menjadi lebih perlahan dan berhenti lebih lama di platform sehingga menimbulkan rasa kurang senang pengguna sekali gus bertindak memuat naik perkara itu di media sosial.
Ramai yang merungut terlewat sampai ke pejabat dan lebih teruk lagi ada antara majikan mereka tidak menerima alasan yang diberikan meskipun ia benar belaka.
Justeru, ada yang meminta dibayar pampasan atas kejadian yang menimpa mereka ditambah pula dengan kenaikan harga tiket bagi pas perjalanan tanpa had dari RM30 ke RM50.
Seorang pengguna Instagram, @nathanrao menerusi komennya menulis:
“Majikan tak memahami... Maaf tak diterima... Nak pampasan”
Bagi @firmax3_by_fad, dia mengalami kelewatan sebelum selamat ke pejabat sekitar pukul 10.20 pagi.
@mangkey_h , dia meminta agar pihak yang bertanggungjawab meningkatkan kualiti pemeriksaan agar kejadian sedemikian tidak kerap berlaku.
Dalam pada itu, ramai juga menyuarakan rasa bimbang ekoran tiada langsung penjarakan fizikal sewaktu kejadian dan ditakuti akan mencetuskan kluster baharu COVID-19.

Can we claim any covid related since u not care on social distancing in ur train?

— Liz_Cathy_Doll (@LizNCathyDoll) January 5, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada juga pengguna Twitter sanggup berpatah balik ke rumah dan mengambil keputusan untuk memandu ke pejabat.

Im in mrt and its only 6 stops after one hour from kajang. And i have 19 more stops so byee, Im going back to drive

— (@arza00ny) January 5, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagi @mandeepsdjanova, keadaan yang berhimpit dan sesak dan waktu menunggu yang lama benar-benar menguji kesabaran dirinya.

You can't just say "normal services will be resumed shortly" on repeat for an hour and expect us to wait like sheeps on a congested MRT train! https://t.co/r0evt62sh5

— Mandeep Dhanova (@mandeepsdhanova) January 5, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tidak sekadar minta pampasan, ada juga yang menuntut bayaran perkhidmatan Grab yang digunakan.

Can I claim grab car with receipt from you?

— acroz (@smellybed) January 5, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi akaun perkhidmatan pelanggan Rapid KL, operasi kembali pulih sekitar pukul 12 tengahari.

MRT Kajang Line Update: Technical issue has been rectified. Service resumes normal. Thank you.

— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) January 5, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#MRT #Kajang #Twitter #media sosial