KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) disaran segera mengadakan mesyuarat, bagi merangka strategi dan pelan tindakan berhubung kemungkinan banjir dan tanah runtuh yang biasanya berlaku dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL).
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Khairul Shahril Idrus berkata perkara itu, selaras dengan Sub-Perkara 25 (a) Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) 20, yang mahukan satu tatacara tindak balas digerakkan apabila berlakunya sebarang bencana dalam negara.
"Sebagai persediaan awal bagi menghadapi MTL yang dijangkakan pada November, NADMA telah mengarahkan supaya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memastikan, JPBD yang dipengerusikan oleh pegawai daerah untuk bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.
"Selain itu, NADMA melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal, di samping sentiasa dalam kesiapsiagaan menerima maklumat bencana dari semasa ke semasa," katanya kepada Bernama hari ini.
Minggu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali dilaporkan mahu NADMA memberi tumpuan terhadap 89 daerah yang dikenal pasti sebagai kawasan mudah banjir khususnya di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor menjelang MTL.
Ini kerana kesemua daerah itu, pernah terlibat dengan bencana banjir ketika MTL 2022/2023 dan daripada jumlah itu, 77 daerah berdepan dengan kejadian banjir berulang lebih daripada sekali.
Mengulas lanjut, Khairul Shahril berkata bagi memastikan sebarang kelemahan dalam pengurusan bencana sebelum ini diperbaiki, NADMA juga telah melakukan beberapa pembaharuan antaranya melaksanakan awal kerja-kerja mitigasi seperti penyelenggaraan sistem perparitan dan sistem amaran awal.
"Simulasi dan latih amal bersepadu juga telah diadakan melibatkan komuniti sebagai initial responder, bagi melengkapi Bengkel Pengurusan Bencana bagi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) yang diadakan untuk meningkatkan keupayaan pengendalian dan kerjasama dalam kalangan agensi tindak balas," katanya.
Dalam urusan penyediaan makanan dan bantuan kepada mangsa banjir yang sering kali menerima rungutan, Khairul Shairil berkata sebanyak 157 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga sedia digerakkan ke kawasan yang terjejas di seluruh negara bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa terlibat.
Menurutnya, kerjasama dengan NGO itu dijalankan di bawah rangkaian Rakan NADMA bagi memastikan tiada kelewatan dalam agihan bantuan dan makanan kepada mangsa yang sedang dilanda bencana.
"Demi kesejahteraan penghuni pusat pemindahan sementara (PPS), pihak kerajaan juga telah bersetuju agar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kali ini menggunakan pilihan makanan bungkusan retort kepada mangsa sepanjang tempoh 24 jam berada di pusat itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023
Datuk Khairul Shahril Idrus berkata perkara itu, selaras dengan Sub-Perkara 25 (a) Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) 20, yang mahukan satu tatacara tindak balas digerakkan apabila berlakunya sebarang bencana dalam negara. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Rakaman serbuan wajib guna kamera jabatan
Penggunaan kamera milik jabatan oleh pegawai penguat kuasa agama semasa operasi serbuan khalwat adalah wajib untuk memastikan integriti dan hak individu yang disyaki terjaga.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024
Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Piala AMEC: Isteri terkesan kritikan melampau terhadap penjaga gol negara
Isteri Haziq Nadzli, kesal dengan kecaman melampau terhadap suaminya itu selepas kesilapan memberi kemenangan tipis 1-0 kepada Thailand.
Perkembangan Kongres Khas PKR
Kongres Khas PKR bagi meminda perlembangaan parti sedang berlangsung pada ketika ini di Shah Alam Selangor.
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Jangan ada sikap kawan makan kawan - Puteri UMNO
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengingatkan agar pemimpin termasuk anggota UMNO tidak memiliki sikap ‘kawan makan kawan’ dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
3 sekeluarga terperangkap rumah dihempap tanah runtuh
Tiga individu dipercayai daripada satu keluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu di sini petang ini.
Banjir: Suruhanjaya Tenaga nasihat utamakan keselamatan libatkan elektrik, gas
Suruhanjaya Tenaga (ST) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada serta mengutamakan keselamatan dalam penggunaan elektrik dan gas semasa musim banjir yang melanda negara ketika ini.
Lebih 3,000 penuntut IPTA terjejas banjir - Zambry
Sebanyak 3,029 penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) terjejas akibat banjir setakat ini dengan 481 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Banjir Kelantan: Sembilan balai polis terjejas - Ahmad Zahid
Tahap keselamatan di Kelantan tidak terkesan dan tetap diutamakan meskipun sembilan balai polis di Pasir Mas dan Tumpat terjejas akibat banjir.
Banjir: 20 jalan Persekutuan di Kelantan ditutup - JKR
Sebanyak 20 jalan Persekutuan membabitkan enam jajahan di Kelantan telah ditutup setakat ini, susulan banjir yang melanda negeri itu sejak Rabu lepas.
Nadma diarah hantar lebihan khemah ke Kelantan - Ahmad Zahid
Nadma diarahkan untuk menghantar lebihan khemah di negeri lain untuk keperluan PPS di Kelantan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Banjir: Cuti Jemaah Menteri dibekukan - PM Anwar
Cuti semua Jemaah Menteri dibekukan susulan bencana banjir yang melanda negara ketika ini.
Banjir Selangor: Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera dibekukan
Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor dibekukan hingga Januari 2025 sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
Banjir memburuk, kini sembilan negeri terjejas, mangsa meningkat lebih 85,000
Situasi banjir di negara ini semakin memburuk dengan tiga lagi negeri dilaporkan mula terjejas iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, menjadikan keseluruhan sembilan negeri terkesan.