MALAYSIA
MTN tekankan usaha perkukuh kawal selia tanah, lindungi kepentingan rakyat - PM
Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-82 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri berlangsung hari ini. - Foto FB Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-82 hari ini memberi penekanan kepada usaha memantapkan aspek kawal selia tanah agar lebih inklusif, melindungi kepentingan rakyat serta responsif terhadap keperluan dan realiti semasa.
Ringkasan AI
Beliau menyeru kerajaan Persekutuan dan negeri agar terus memperkukuh kerjasama khususnya dalam usaha mempercepat proses kelulusan urusan tanah bagi tujuan pembangunan supaya projek dapat dilaksanakan segera demi kebajikan rakyat.
Bagaimanapun, Anwar berkata langkah mempercepat proses itu mesti dilaksana tanpa menjejaskan prosedur sedia ada selain menghormati sepenuhnya bidang kuasa kerajaan negeri dalam urusan tanah.
"Mesyuarat turut bersetuju dan berpegang teguh kepada komitmen mengekalkan 50 peratus keluasan tanah negara sebagai kawasan berhutan, selaras dengan aspirasi antarabangsa dan hala tuju Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026-2030," kata beliau dalam hantaran di laman Facebook rasmi hari ini.
Beliau juga berkata Kerajaan MADANI akan terus berikhtiar mengangkat agenda pembangunan yang seimbang antara keperluan manusia dan kelestarian alam selaras dengan prinsip kemampanan sebagai teras utama konsep MADANI.
MTN, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, merupakan platform tertinggi untuk menyelaras perancangan serta pengurusan tanah negara antara kerajaan Persekutuan dan negeri bagi memastikan ia dimanfaatkan secara optimum serta seimbang antara tuntutan ekonomi, keperluan sosial dan kelestarian alam sekitar.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Anwar Ibrahim menekankan perlunya peningkatan kawalan tanah untuk melindungi kepentingan rakyat serta responsif terhadap keperluan semasa.
- Beliau menyeru kerajaan Persekutuan dan negeri bekerjasama mempercepat kelulusan urusan tanah bagi pembangunan demi kebajikan rakyat.
- Komitmen untuk mengekalkan 50 peratus tanah negara sebagai kawasan berhutan disepakati, selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13 untuk kelestarian alam.