awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MTPNK siasat dakwaan mangsa tercicir bantuan RKB - Mustapa

Bernama
Bernama
23/04/2017
23:00 MYT
MTPNK siasat dakwaan mangsa tercicir bantuan RKB - Mustapa
Datuk Seri Mustapha Mohamed (dua, kanan) menjirus air selepas menanam sebatang pokok 'Bucida Comintana' di luar perkarangan Masjid Sultan Muhamad 1 sempena Program Pengindahan Lanskap Masjid, pada Ahad. -- fotoBERNAMA
Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNK) akan menyiasat dakwaan bahawa masih terdapat mangsa banjir 2014 yang belum mendapat bantuan Rumah Kekal Baharu (RKB) di negeri ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sebelum ini, jawatankuasa bencana di peringkat pusat dan negeri telah melakukan bancian terhadap mangsa bencana tersebut namun kini timbul pula isu terdapat beberapa mangsa yang masih gagal mendapatkan RKB.
"Kami akan melakukan siasatan terhadap laporan yang dibuat oleh beberapa individu berhubung perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pengindahan Landskap Masjid Sultan Muhammad 1 di sini pada Ahad.
Beliau berkata masalah berkenaan timbul kerana mungkin ada segelintir mangsa yang tidak berpuas hati dengan pihak yang diamanahkan untuk melaksanakan bancian.
"Jawatankuasa bencana merasakan hal ini telah selesai dan fail telah ditutup sejak setahun lepas, namun selepas ada laporan-laporan ini kita akan buka semula fail. Kita akan selesaikan masalah ini dengan baik," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan
#Mustapa Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan