KULAI: Tindakan memuat naik dan menyebarkan kandungan berunsur lucah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.
Sehubungan itu, beliau menasihati agar semua pihak lebih berhati-hati dalam memuat naik atau berkongsi kandungan yang tidak wajar bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang.
"Kalau kita merujuk Akta Multimedia dan Komunikasi Seksyen 233, memang ada menyatakan bahawa penggunaan tidak wajar, kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian memang satu kesalahan contohnya kandungan lucah, kandungan menyakitkan, mengugut menganggu orang lain dan sebagainya.
"Kalau seseorang memuat naik kandungan (sedemikian) (menerusi) media sosial, ia memang merupakan salah satu penggunaan tidak wajar dan boleh disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Program Komunikasi Tindakan Setempat (KOMTIS) dan Majlis Berbuka Puasa di Balai Raya Felda Bukit Batu, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan individu yang memuat naik dan menyebarkan video pasangan muda yang melakukan perbuatan jelik di dalam kereta, sehingga tular di media sosial, baru-baru ini.
Teo, yang juga Ahli Parlimen Kulai itu berkata pihaknya menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan memberi kerjasama dengan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti individu yang memuat naik kandungan tidak wajar tersebut.
Katanya, jika didapati bersalah, pihak berkenaan boleh dihukum denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
Khamis lepas, seorang lelaki berusia 22 tahun dan seorang gadis berusia 17 tahun ditahan kerana dipercayai melakukan perbuatan jelik dalam sebuah kenderaan di Taman Kota Masai, setelah video mereka tular.
Mereka yang dipercayai pasangan kekasih itu kemudiannya direman selama dua hari, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sementara polis meneruskan siasatan kes untuk dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 09 2023
Awas jika memuat naik atau berkongsi kandungan yang tidak wajar... seseorang itu boleh dikenakan tindakan undang-undang. - Gambar hiasan
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
[KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM
Akses Internet yang lebih baik akan membuka lebih banyak ruang untuk perkembangan diri dan peningkatan motivasi anggota tentera.
CelcomDigi timbang beberapa pilihan selepas tidak terpilih untuk Rangkaian 5G Kedua
Mereka percaya telah mempersembahkan cadangan teknikal dan komersial yang terbaik untuk pembangunan rangkaian 5G kedua.
Larangan terhadap kandungan pautan, maklumat peribadi, nombor telefon melalui SMS dikuatkuasakan - SKMM
Kandungan yang terlarang meliputi pautan, permintaan maklumat peribadi dan juga nombor telefon untuk dihubungi.
Jakim lapor MCMC hantaran TikTok papar bacaan Qunut Nazilah doakan musibah ke atas PM
Jakim akan membuat laporan kepada MCMC berhubung hantaran di TikTok yang menyertakan bacaan Qunut Nazilah sambil mengajak orang ramai mendoakan musibah ke atas Perdana Menteri.
Undang-undang terperinci diperlukan bendung buli siber - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan undang-undang yang lebih terperinci untuk membendung masalah buli siber secara berkesan.
Kerugian akibat scam berjumlah RM203.33 juta setakat Mei 2024 - PM Anwar
Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) telah menerima sebanyak 37,002 panggilan mangsa scam (penipuan) dengan jumlah kerugian yang dilaporkan sebanyak RM203.33 juta setakat Mei 2024.
CMCF sahut saranan tangani penyalahgunaan AI dengan pengawalseliaan
Ia selari dengan misi CMCF untuk menyokong pengawalseliaan kendiri kandungan dalam ruang digital Malaysia seperti yang digariskan dalam Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia 2022.
Pengawal selia tempa haluan untuk inovasi yang mampan dan selamat pada IRC 2024
Menghimpun pengawal selia serantau dan pemimpin industri dalam membincangkan usaha mengimbangi dasar dan amalan bagi mendepani cabaran dalam industri komunikasi dan multimedia.
SKMM sita telefon bimbit milik Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo
Setelah selesai siasatan, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut.
SKMM rakam percakapan Che'gubard, Salim, Papagomo esok
SKMM mengesahkan memanggil pempengaruh media sosial Chegubard, Salim Iskandar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan pada Rabu.