awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muat naik kandungan palsu sentuh sensitiviti agama, lelaki disiasat MCMC

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
13/03/2025
02:25 MYT
Muat naik kandungan palsu sentuh sensitiviti agama, lelaki disiasat MCMC
Sesi rakaman percakapan dijalankan di Balai Polis Taiping semalam. - Foto MCMC
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selepas disyaki memuat naik kandungan palsu berunsur 3R yang menyentuh sensitiviti agama menerusi akaun Facebook miliknya.
MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan, kandungan tersebut dipercayai dimuat naik pada 9 Mac lalu, yang mendakwa laungan azan melalui pembesar suara di Masjid Ayer Kuning di Perak tidak lagi dibenarkan.
Susulan itu, satu sesi rakaman percakapan telah dijalankan di Balai Polis Taiping semalam, selain sebuah telefon bimbit dan satu kad SIM turut disita bagi tujuan analisis forensik.
Terdahulu, pasukan penguat kuasa MCMC menyerahkan notis kehadiran di bawah Seksyen 255 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) kepada individu terbabit untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 233(1)(a) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
MCMC menegaskan, orang ramai harus menggunakan platform media sosial secara bertanggungjawab dan tidak memuat naik kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian kaum serta agama di negara ini.
Topic Berkaitan
#media sosial
#sensitiviti agama
#MCMC
#Taiping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan