awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muat naik video berkait Esha, ibu buat laporan polis terhadap tiga individu

Bernama
Bernama
12/07/2024
16:15 MYT
Muat naik video berkait Esha, ibu buat laporan polis terhadap tiga individu
Polis menerima laporan daripada ibu kepada pempengaruh media sosial A. Rajeswary atau lebih dikenali Esha berhubung dakwaan wujudnya ugutan melalui aplikasi TikTok terhadap anaknya membabitkan tiga individu termasuk bekas pegawai polis. - BERNAMA
GOMBAK: Polis menerima laporan daripada ibu kepada pempengaruh media sosial A. Rajeswary, 30, atau lebih dikenali Esha berhubung dakwaan wujudnya ugutan melalui aplikasi TikTok terhadap anaknya membabitkan tiga individu termasuk bekas pegawai polis.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata laporan berkenaan dibuat oleh P. R. Puspa, 56, iaitu ibu Esha di Balai Polis Selayang pada 6.34 petang tadi.
"Laporan terbabit telah dipindahkan ke Balai Polis Setapak kerana kejadian berlaku di PPR (Program Perumahan Rakyat) Gombak Setia dan PPR Gombak Setia di bawah pentadbiran Balai Polis Setapak, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Pada 6 petang tadi, Puspa yang ditemani menantu lelakinya hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bagi membuat laporan berhubung dakwaan terbabit selain diminta memberi keterangan kepada pegawai penyiasat dan urusan tersebut selesai kira-kira 8 malam tadi.
Puspa ketika ditemui pemberita di hadapan IPD Gombak memaklumkan sepanjang minggu ini beliau dimaklumkan oleh anaknya yang lain bahawa terdapat video serta siaran langsung dimuat naik oleh tiga individu berkenaan yang bercakap mengenai Esha.
"Seorang daripada mereka wanita yang juga bekas pegawai polis yang mempertikaikan Esha pernah ditahan polis sebelum ini," katanya.
Bernama sebelum ini melaporkan Esha ditemukan meninggal dunia di sebuah unit kediaman kondominium di Setapak pada Jumaat lepas, sehari selepas membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di sini berhubung buli siber yang dihadapinya.
Laporan itu kemudian dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Esha
#pempengaruh media sosial
#A Rajeswary
#muat naik video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan