awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mubarak Johor harap elaun wakil rakyat dinaikkan

Bernama
Bernama
21/09/2020
12:16 MYT
Mubarak Johor harap elaun wakil rakyat dinaikkan
Mesyuarat Agung Tahunan Mubarak Negeri Johor ke-19 dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor Datuk Samsolbari Jamali. -Bernama
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Johor berharap agar kadar elaun wakil rakyat di negeri ini dikaji semula dan dipertimbangkan untuk kenaikan.
Yang Dipertuanya Datuk Abdullah Md Ali berkata kali terakhir kadar elaun 56 wakil rakyat negeri ini dinaikkan adalah pada 2015 dan ia dilihat jauh lebih rendah berbanding negeri seperti Sarawak, Selangor dan Pulau Pinang.
Beliau berkata pihaknya sudah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, 15 Mei lepas, dan mendapat maklum balas cukup baik mengenainya.
"Kadar elaun wakil rakyat kali terakhir dipinda dan diluluskan kenaikan adalah pada 2015 iaitu daripada RM5,000 kepada RM9,000 sebulan.
"Apabila kadar elaun wakil rakyat naik, maka, secara tidak langsung kadar elaun bekas wakil rakyat juga akan naik," katanya yang ditemui pemberita selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Mubarak Negeri Johor ke-19 oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor Datuk Samsolbari Jamali.
Turut hadir, Presiden Mubarak Malaysia Tan Sri Dr Abdul Aziz Rahman.
Menurut Abdullah, kenaikan elaun wakil rakyat dilihat munasabah ketika kini memandangkan tidak semua dalam kalangan mereka memiliki pendapatan lain, malah ada sebilangan hanya bergantung pada elaun berkenaan serta mengalami masalah kesihatan.
"Kita faham dalam keadaan politik sekarang susah mencapai kata sepakat, jadi, ahli politik pembangkang juga perlu menyokong usul kenaikan elaun ini demi kebajikan mereka pada masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dikaji semula
#dinaikkan
#elaun wakil rakyat
#Johor
#Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia
#Mubarak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan