MUET: Jika ada 'booster', lebih lebar sayap untuk terbang - Adibah Noor

Nursyazwani Saiful Sham
Februari 24, 2019 08:10 MYT
Jelas Adibah yang pernah berkhidmat sebagai guru bahasa Inggeris, sekiranya seseorang itu ditawarkan peluang untuk berkhidmat di luar negara dan penguasaan bahasa Inggerisnya rendah, ia amat merugikan. Foto: Instagram/@adibah_noor
Penguasaan bahasa kedua terutamanya bahasa Inggeris akan membuka lebih banyak peluang dan ruang dalam kehidupan seseorang.
Penyanyi dan pelakon Adibah Noor berpendapat memandangkan negara Malaysia adalah dalam kalangan negara Komanwel, peluang untuk rakyat negara ini melebarkan sayap di negara sekutu adalah tinggi.
“Daripada perspektif kepentingan bahasa Inggeris, saya bukan menidakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, namun penguasaan bahasa lain, bukan sahaja bahasa Inggeris, akan membuka lebih banyak peluang dan ruang.
“Macam kita main permainan video, apabila kita ada ‘boosters’, lebih banyak kelebihan untuk kita terus maju dan berada pada tahap seterusnya.
“Kita (Malaysia) pula adalah negara Komanwel dan ada perjanjian serta kerjasama di antara negara-negara dalam sekutu itu yang membolehkan dan memudahkan kita untuk melebarkan sayap dan salah satunya adalah pendidikan,” jelasnya ketika dihubungi menerusi WhatsApp.
Dalam pada itu, Adibah menjelaskan pandangannya menerusi perkongsian di akaun Twitter:

kalau nak hapuskan MUET atas sebab harganya tu membebankan... well... maybe boleh consider bagi org ambik secara percuma? tapi nanti.. org yg nak ambik TOEFL, IELTS.. pun mesti nak free gak kan? gini lah... macam game kat phone tu... siapa nak booster, kena beli.@501Awani

— ADIBAH NOOR (@adibahnoor) February 24, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

tapi... kalau nak hapuskan MUET sebab rasa penguasaan BI utk masuk local uni tu tak penting... well... sama gak la... sapa ada booster (penguasaan BI) ... peluang/ruang akan terbuka lebih luas berbanding mereka yg mengharapkan booster free dgn menonton iklan ketika main game

— ADIBAH NOOR (@adibahnoor) February 24, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

dan kalau nak berlayar lebih jauh... kena beli jugaklah booster yang lebih mahal.. semua utk mara ke level yg lebih baik, utk boost diri sendiri. kalau tak mampu, well, ada byk slogan yg biasa didengar: 1. hendak seribu daya 2. usaha tangga kejayaan 3. agi idup agi ngelaban

— ADIBAH NOOR (@adibahnoor) February 24, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jelas Adibah yang pernah berkhidmat sebagai guru bahasa Inggeris, sekiranya seseorang itu ditawarkan peluang untuk berkhidmat di luar negara dan penguasaan bahasa Inggerisnya rendah, ia amat merugikan.
“Kita tidak tahu peluang yang mendatang, sekiranya kita tiba-tiba diberi peluang untuk berkhidmat di luar negara tidak kira dalam bidang apa sekalipun, dan penguasaan kita rendah ia akan menutup peluang tersebut dan ia akan membuatkan kita kesal,” ujarnya.
Terdahulu, Kementerian Pendidikan menolak cadangan menghapuskan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) dan memasukkannya dalam modul peperiksaan sekolah menengah.
Menurut menterinya Dr Maszlee Malik, MUET ialah peperiksaan kelayakan yang berbeza dengan peperiksaan sekolah.
BACA: Maszlee tolak cadangan hapuskan MUET
#Adibah Noor #bahasa Inggeris #Menteri Pendidikan #MUET #pelakon #peluang pekerjaan #penyanyi