NATIONAL
Mufti Menk doakan Malaysia dilindungi daripada musibah banjir
Ulama tersebut berkata warga Malaysia dan Filipina tidak kira tua, muda dan yang sakit dipindah ke tempat yang lebih selamat. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Ulama terkenal Mufti Menk mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia dan Filipina dilindungi daripada bencana banjir dan cuaca buruk yang sedang dihadapi.
Ulama tersebut berkata, beliau bersimpati dengan bencana berkenaan dan mengakui warga tua dan yang sakit adalah antara yang paling berisiko dan perlu dipindah ke tempat lebih selamat.
"Semoga Yang Maha Kuasa melindungi rakyat #Malaysia dan #Filipina daripada banjir dan cuaca ekstrem yang mereka hadapi.
"Golongan muda, orang sakit dan orang tua adalah yang paling terdedah kerana mereka dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.
"Semoga dipermudahkan olehNya dan kembali pulih seperti sedia kala. Aamiin," tulis beliau.
Setakat 12 tengah hari Isnin, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan seramai 41,418 mangsa yang terkesan akibat bencana banjir di lapan negeri telah dipindahkan ke 405 pusat pemindahan sementara (PPS).
Lapan negeri yang terbabit ialah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ia melibatkan 8,384 keluarga.