KUALA LUMPUR: Pengimportan daging dari rumah sembelihan haiwan di Australia yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) penyembelihan halal, wajar ditangguhkan sementara bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut.
Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, dalam tempoh siasatan itu juga, umat Islam disaran supaya menghentikan pembelian daging yang disumberkan dari rumah sembelihan itu sehingga mengetahui kesahihan dakwaan berkenaan.
"Dalam Islam, hadis menyebut kalau kita berasa ragu tidak boleh kita makan. Apatah lagi kalau sekiranya pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan bagi menentukan status halal makanan itu.
"Di situ sudah ada keraguan, ditambah pula ada saksi yang mengatakan benda itu (prosedur penyembelihan) memang dilakukan secara tidak betul, jadi memang patutlah digantung pengimportan dagingnya dahulu," katanya kepada Bernama.
Beliau mengulas pendedahan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas) dan Sahabat 99 mengenai perlanggaran SOP penyembelihan halal oleh sebuah syarikat di Australia yang mendapat kelulusan daripada Badan Induk Halal Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).
Syarikat itu yang turut mengeksport daging ke Malaysia bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dan siasatan masih dijalankan oleh Jakim bersama pihak berkuasa Australia iaitu 'Department of Agriculture, Water and the Environment' (DAWE).
Mohd Yusof berkata, selain menangguhkan pengimportan, perlu juga ada kaedah untuk memastikan agar daging yang telah berada di pasaran, tidak dijual oleh pekedai kepada umat Islam.
Menyuarakan perkara sama, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman meminta pekedai agar bersikap bertanggungjawab dengan menarik balik penjualan bahan mentah itu sekiranya memperoleh sumber daging dari syarikat terlibat.
"Kalau sudah masuk Malaysia dan ada nama atau label syarikat tersebut tertera dalam bungkusan daging, mungkin umat Islam juga boleh mengelak daripada membeli atau menjualnya.
"Selain itu, sebagai langkah berjaga-jaga mungkin wajar dibekukan pengimportan daging dari rumah sembelihan itu sementara menunggu pihak Jakim menyiapkan siasatan. Selepas lengkap siasatan dan didapati tiada asas dakwaan, barulah kita buka semula pengimportan," katanya.
Pada 10 Mei lepas Jakim dalam kenyataan memaklumkan sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur penyembelihan halal sebuah syarikat yang diiktiraf halal oleh Malaysia di Australia.
Siasatan dilakukan Pegawai Atase Halal Jakim di Australia dan DAWE selain perbincangan dengan Kaunselor (Pertanian), Kedutaan Australia di Malaysia diadakan pada 28 April lepas, bagi memastikan hasil siasatan tersebut dapat diserahkan kepada kerajaan Malaysia secepat mungkin.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 13 2022

Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, umat Islam disaran supaya menghentikan pembelian daging yang disumberkan dari rumah sembelihan itu sehingga mengetahui kesahihan dakwaan berkenaan. - Foto: muftins.gov

Pencemaran Laut | Komuniti nelayan diminta salurkan maklumat
Dalam perkembangan berkaitan, Tuan Ibrahim meminta komuniti nelayan rakam video atau gambar dan salurkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan kegiatan pencemaran di laut. Ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak terlibat.

Kenaikan Harga | B40 & M40 akui tertekan
Kenaikan harga barangan memberi tekanan terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan B40 dan M40. Situasi itu lebih dirasai bagi mereka dengan tanggungan atau bilangan ahli keluarga yang ramai.

Pencemaran | 4,111 aduan pencemaran direkod dari Jan-Jun 2022
Sebanyak 4,111 aduan melibatkan pencemaran direkodkan dalam tempoh enam bulan bermula Januari hingga 30 Jun lalu. Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air,Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man daripada jumlah itu lebih 80 peratus aduan diterima membabitkan pencemaran udara atau pembakaran terbuka.

AWANI Ringkas: PH belum muktamad pembahagian kerusi PRU-15

COVID-19: Vaksin khusus Omicron mampu tingkat perlindungan - EMA
Keberkesanan vaksin telah terjejas apabila virus itu telah bermutasi.

Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa
Chew Choon Eng mengharapkan lebih ramai pemain berpotensi di kem pemilihan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai ini.

COVID-19: 2,536 kes baharu, lima kematian direkod
Tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Lelaki maut motosikal terbabas, langgar lori sampah
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala selepas terseret kira-kira 40 meter.

Pengunjung pusat beli-belah maut dalam insiden tembakan
Polis enggan mengulas tentang motif suspek dalam kejadian ini dan jika dia mempunyai sejarah jenayah lampau.

Banjir: Penduduk New South Wales diarah berpindah
Jabatan Kecemasan Negeri mengeluarkan lebih 35 arahan berpindah sejak Sabtu.

Mufti N. Sembilan saran pengimportan daging dari rumah sembelihan langgar SOP ditangguh sementara
Pengimportan daging dari rumah sembelihan haiwan di Australia yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) penyembelihan halal, wajar ditangguhkan sementara bagi memberi ruang kepada pihak b

Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah berdaftar bawah Enakmen Tarekat NS
Sehubungan itu Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani boleh diamalkan oleh pengikutnya.

Tiada aktiviti ibadah korban di N.Sembilan, solat sunat dihad 12 jemaah
Jabatan Mufti Negeri Sembilan (JMNS) memutuskan tiada aktiviti ibadah korban dibenarkan di seluruh negeri ini sempena Aidiladha Selasa depan.

Waktu solat subuh Negeri Sembilan ditambah lapan minit
Waktu solat subuh di Negeri Sembilan ditambah lapan minit, berbanding takwim solat sedia ada berkuat kuasa Isnin hadapan.

Mufti Negeri Sembilan pertahankan undang-undang diguna Mahkamah Syariah Negeri
Mohd Yusof mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan tiga lelaki transgender untuk berpakaian dan berkelakuan seperti wanita.