awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semangat Malaysia perlu dihidupkan melalui pemahaman MA63 - Fadillah
Jaringan tunggal Luqman Hakim bawa skuad Jang ke suku akhir
Institusi agama perlu terus angkat pendekatan sederhana, berhikmah - Raja Muda Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mufti Perlis diminta segera serah maklumat dakwaan gerakan kultus dari Korea Selatan

Bernama
Bernama
11/12/2025
04:00 MYT
Mufti Perlis diminta segera serah maklumat dakwaan gerakan kultus dari Korea Selatan
Saifuddin berkata langkah itu bagi membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan terhadap dakwaan berkenaan. - Foto fail
PUTRAJAYA: Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin perlu segera tampil menyerahkan maklumat berkaitan dakwaan gerakan kultus menyimpang berasal dari Korea Selatan yang sedang aktif di negara ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata langkah itu bagi membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan terhadap dakwaan berkenaan.
"Saya mempelawa Mohd Asri tampil membekalkan maklumat lengkap kepada pihak berkuasa. Tentunya beliau mempunyai maklumat yang seperti disebut," katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.
Saifuddin Nasution berkata demikian ketika ditanya sama ada pihak polis telah menerima laporan berkaitan dakwaan kewujudan satu gerakan kultus dari Korea Selatan yang membawa dakwaan janggal serta menyimpang.
Sebelum ini, Mufti Perlis menerusi hantaran di Facebooknya turut mendakwa terdapat penglibatan Ahli Parlimen Muslim dan individu penting Parlimen yang aktif membantu gerakan kultus tersebut dan satu taklimat mengenainya telah disampaikan pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.
Saifuddin berkata Cawangan Khas PDRM mempunyai unit khusus bagi menangani ajaran sesat merentasi pelbagai agama dan penganut, termasuk pemantauan modus operandi kumpulan serta individu terlibat.
"Memang itu tugas hakiki dalam Cawangan Khas khusus untuk itu," katanya.
Beliau berkata siasatan hanya boleh dijalankan apabila pihak polis menerima laporan dan akan berlandaskan undang-undang sedia ada.
"Jadi saya pelawa sahabat saya Dr Maza (Mohd Asri) untuk tampil buat laporan. Apabila laporan dibuat, kita akan mulakan siasatan segera," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Asri Zainul Abidin
#gerakan kultus
#Saifuddin Nasution Ismail
#dakwaan janggal serta menyimpang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan