GEORGE TOWN: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berhak membatalkan Festival Good Vibes 2023 susulan aksi dan kenyataan biadab kumpulan dari United Kingdom 'The 1975' ketika persembahan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, Jumaat lepas.
Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata tindakan KKD itu tidak boleh dipersalahkan kerana penganjur festival telah membuat akujanji akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap konsert tersebut.
"Terlebih dahulu ingin ditegaskan bahawa agama Islam tidak sama sekali menentang hiburan termasuk konsert muzik, drama, filem dan seumpamanya.
"Yang ditentang dan dilarang Islam adalah hiburan dan apa jua aktiviti seni yang boleh merosakkan fikiran serta kelakuan penonton atau peminat. Sejarah tamadun Islam tidak pernah menyaksikan sebarang konflik antara agama dan kemajuan termasuk dalam bidang kesenian serta hiburan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media mengenai persembahan "The 1975" di Festival Good Vibes 2023 dihentikan selepas vokalisnya Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat.
Matty didakwa memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menerusi laman Instagram rasminya menyifatkan tindakan Matty yang berkelakuan tidak sopan dan mempersenda undang-undang berkaitan LGBT di negara ini dalam konsert itu, sebagai perbuatan biadab.
Mengulas lanjut, Wan Salim berkata tidak wajar bagi sebuah negara yang ingin membangunkan generasi penerus yang dinamik dan progresif, membawa masuk budaya luar yang boleh merosakkan nilai-nilai moral.
Menurutnya dengan mempamerkan kelakuan tidak sopan dan kritikan terhadap undang-undang Malaysia pada konsert tersebut, jelas kumpulan "The 1975" itu berniat serong terhadap Malaysia dan rakyatnya yang masih mendokong serta menghormati nilai-nilai akhlak murni.
"Mana-mana umat Islam yang menonton konsert itu dinasihatkan supaya memohon keampunan daripada Allah sebagai menzahirkan perasaan kesal walaupun mereka tidak dikira melakukan dosa kerana tidak menjangka tindakan tidak bermoral itu akan dilakukan di hadapan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2023
Wan Salim berkata tindakan KKD itu tidak boleh dipersalahkan kerana penganjur festival telah membuat akujanji akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap konsert tersebut. - Gambar fail/Sinar Harian
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suami Zahnita Wilson akan didakwa esok, turut positif dadah
Suami kepada peragawati dan pelakon terkenal, Zahnita Wilson, akan didakwa di mahkamah Majistret Kuantan pada Khamis.
Keganasan rumah tangga: Padam hantaran di Instagram, Zahnita 'bangkit' berniaga
Bekas pelakon dan model terkenal, Zahnita Wilson yang didakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga mengejutkan pengikutnya apabila memadam semua hantaran terdahulu di laman Instagram miliknya.
Mark Zuckerberg sasar kandungan janaan AI penuhi Facebook, Instagram
Angka kandungan janaan AI ini dilihat akan meningkat drastik, dan memenuhi ruangan garis masa di Facebook, Instagram, mahupun Threads.
Kes pukul: Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang dalam kemas kini di Instagram Story bertitah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Pemilik boleh didenda jika pelihara baka anjing terlarang - MBPP
MBPP ingatkan orang awam agar tidak pelihara anjing dalam senarai baka terlarang kerana mereka boleh didenda RM200 dan tindakan merampas haiwan itu boleh dilakukan sekiranya ingkar.
Threads kini sokong sehingga 20 gambar dalam satu perkongsian
Threads menyokong perkongsian sehingga 20 gambar, memberikan pengalaman yang mirip dengan zaman keagungan Twitter.
Cristiano Ronaldo cipta sejarah, himpun 1 bilion pengikut di media sosial
Ikon bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo telah mencipta kejayaan bersejarah, menjadi individu pertama yang mengumpul satu bilion pengikut di media sosial, lapor Anadolu Agency (AA).
Meta, Snap, TikTok bekerjasama banteras kandungan mengenai kecederaan kendiri, bunuh diri
Tiga platform media sosial terbesar sedang bekerjasama untuk menangani kandungan dalam talian yang memaparkan bunuh diri dan mencederakan diri sendiri, umum Meta pada Khamis.
Kini anda boleh tinggalkan komen pada Instagram Stories
Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan dijangka ditawarkan secara meluas dalam masa terdekat.
Warga Amerika Mr. T cipta lagu khas sempena Hari Kebangsaan
Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 bukan sahaja dirasai rakyat Malaysia, tetapi juga pelancong asing melalui pelbagai cara termasuk mencipta lagu khas bersempena dengan hari bersejarah.