awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhammad Hafiz dijumpai mati di tasik London

Najib Aroff
Najib Aroff
26/03/2019
05:57 MYT
Muhammad Hafiz dijumpai mati di tasik London
Zainal kali terakhir bertemu anaknya pada September lalu ketika berkunjung ke London. -Gambar TWITTER@SerpentineUK
SEORANG pelajar Malaysia di Imperial College London ditemui mati di tasik di Serpentine, Hyde Park pada Isnin.
Menurut laporan Malay Mail, mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Hafiz, berdasarkan kad pelajar yang ditemui pada badan mangsa.
Mangsa juga merupakan anak kepada Pengarang Bersekutu Malay Mail Zainal Epi.
Menurut laporan itu pegawai dari balai polis tempatan dikejarkan ke tempat kejadian sekitar 5.51 pagi waktu tempatan pada Isnin selepas menerima laporan penemuan mayat di tasik berkenaan.
Pihak berkuasa mengklasifikasikan kematian sebagai ‘tidak jelas’ dan siasatan masih dijalankan.
Malay Mail turut melaporkan Zainal menerima panggilan daripada pihak Kedutaan di London pada 2.30 pagi Selasa.
“Saya akan berlepas ke London bersama keluarga esok (Rabu). Saya tidak pasti apa yang berlaku. Saya hanya diberitahu mereka mengenal pasti indentiti berdasarkan kad pelajar,” katanya.
Zainal kali terakhir bertemu anaknya pada September lalu ketika berkunjung ke London.
Muhammad Hafiz mengambil jurusan kimia di Imperial College sejak 2015.
Astro AWANI sedang cuba mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa.
Topic Berkaitan
#Anak editor Malay Mail ditemui mati
#Imperial College
#Muhammad Hafiz
#Pelajar Malaysia ditemui mati
#Pelajar Malaysia mati di London
#Zainal Epi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan