awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhammad Ridhuan Abdullah masih dalam negara - Polis

Astro Awani
Astro Awani
30/01/2018
05:20 MYT
Muhammad Ridhuan Abdullah masih dalam negara - Polis
Polis percaya Muhammad Ridhuan (gambar) yang sebelum ini dikenali sebagai K. Pathmanathan, masih berada dalam negara.
Polis percaya mualaf, Muhammad Ridhuan Abdullah yang didakwa gagal menyerahkan anak perempuannya kepada bekas isteri, M. Indira Gandhi masih berada di dalam negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya sudah membuat semakan dengan Jabatan Imigresen mengenai perkara tersebut dan mendapati mereka tidak meninggalkan negara.
"Kami telah melakukan semakan dengan Jabatan Imigresen berhubung perkara itu dan daripada maklum balas yang kita terima, kita percaya dia masih berada dalam negara.
"Saya telah memberikan arahan khusus kepada Jabatan Siasatan Jenayah untuk mengesan kanak-kanak terbabit seperti mana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan semalam.
"Tetapi setakat ini belum ada sebarang petunjuk di mana dia berada, justeru kita mohon bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil salurkan maklumat."
Semalam, Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama tiga anak Indira Gandhi adalah terbatal dan tidak sah dan memerlukan persetujuan kedua ibu bapa bagi penukaran agama anak kepada Islam.
Pertimbangan utama mahkamah ialah untuk melindungi kebajikan kanak-kanak dan dengan berbuat demikian, mahkamah tidak membuat penghakiman berdasarkan prinsip kepercayaan mana-mana pasangan.
Susulan itu, Indira Gandhi mengeluarkan kenyataan umum bahawa pihak polis tidak lagi mempunyai alasan untuk tidak mencari dan menangkap bekas suami yang didakwa gagal menyerahkan anak perempuan mereka kepadanya.
Mohamad Fuzi menegaskan usaha mengesan dan menahan Muhammad Riduan diteruskan sejak 2014 namun masih gagal walaupun satu kenyataan media telah dikeluarkan bagi mendapat kerjasama orang ramai.
Polis turut memaklumkan kepada peguam yang mewakili Indira Gandhi tentang segala langkah yang telah diambil bagi mengesan Muhammad Riduan.
Topic Berkaitan
#2014
#anak
#Imigresen
#Indira Gandhi
#Islam
#K Pathmanathan
#Ketua Polis Negara
#mahkamah
#Mahkamah Persekutuan
#Muhammad Ridhuan Abdullah
#polis
#tan sri mohamed fuzi harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan