awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhammad Sanusi ucap terima kasih kepada PM Anwar berkaitan pelaburan Hyundai Motor

Bernama
Bernama
28/11/2024
11:50 MYT
Muhammad Sanusi ucap terima kasih kepada PM Anwar berkaitan pelaburan Hyundai Motor
Muhammad Sanusi mengucapkan terima kasih kepada sokongan yang diberi oleh Perdana Menteri kepada pelaburan Hyundai (Motor). - Gambar fail/Sinar Harian
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyokong Hyundai Motor untuk melabur di Kulim.
"Saya ucap terima kasih kepada sokongan yang diberi oleh PMX (Perdana Menteri) kepada pelaburan Hyundai (Motor).
"Kita sokong Hyundai Motor masuk (melabur). Kita ucap terima kasih kepada kerajaan Persekutuan...mailah ke Kulim, mailah bila pun, mailah siapa pun (datanglah ke Kulim, datanglah bila pun, datanglah sesiapa pun) (pelabur)," katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan Kedah 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini hari ini.
Pada sidang DUN semalam, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pembangkang Kedah berkata pengumuman Hyundai Motor mengenai pelaburan di Kulim membuktikan tiada plot dicipta untuk menggagalkan pelaburan swasta di Kedah sekali gus menafikan kenyataan Muhammad Sanusi sebelum ini.
Ia susulan pengumuman oleh Hyundai Motor Company (HMC) untuk pelaburan RM2.16 bilion di Kulim Kedah bagi membuka kilang pengeluaran kereta enjin pembakaran dalam (ICE) dan hibrid.
Pengumuman berkenaan dibuat ketika lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri ke Korea Selatan, baru-baru ini.
Pada Isnin lepas, ketika sesi soal jawab lisan di persidangan DUN Kedah Muhammad Sanusi dilaporkan mendakwa terdapat 'agenda besar' untuk menggagalkan projek pembangunan yang dirancang di Kedah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hyundai
#pembangkang
#pelaburan
#lawatan rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan