Muhyiddin baik selepas pembedahan

Bernama
Julai 15, 2018 08:53 MYT
Muhyiddin kini berehat dan bercuti untuk menjalani rawatan perubatan susulan. Beliau dijangka kembali bertugas dalam tempoh sebulan. - Foto Facebook Muhyiddin Yassin
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berada dalam keadaan baik selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas, Khamis lepas.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat beliau hari ini, Muhyiddin kini berehat dan bercuti untuk menjalani rawatan perubatan susulan. Beliau dijangka kembali bertugas dalam tempoh sebulan.
"Bagi pihak keluarga, kami ingin mengucapkan terima kasih atas semua doa yang tidak putus-putus diberikan kepada Tan Sri Muhyiddin," menurut kenyataan itu.
BACA: Muhyiddin selamat dibedah, bercuti sebulan
Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam kenyataan pada Khamis berkata Muhyiddin menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di pankreas yang dikesan pada peringkat awal.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini menjalankan tugas Menteri Dalam Negeri sementara ketiadaan Muhyiddin.
-- BERNAMA
#ketumbuhan di pankreas #Mahathir Mohamad #Menteri Dalam Negeri #Muhyiddin Yassin #Pembedahan #Perdana Menteri #perubatan