awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin bersumpah perbelanjaan ketika COVID-19 ikut dasar perolehan, peraturan

Bernama
Bernama
16/11/2022
10:46 MYT
Muhyiddin bersumpah perbelanjaan ketika COVID-19 ikut dasar perolehan, peraturan
Tan Sri Muhyiddin Yassin berani bersumpah bahawa perbelanjaan kerajaan ketika pandemik COVID-19 melanda negara diurus mengikut dasar perolehan dan peraturan. - Gambar BERNAMA
MUAR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berani bersumpah bahawa perbelanjaan kerajaan ketika pandemik COVID-19 melanda negara diurus mengikut dasar perolehan dan peraturan.
"Wallahi, saya boleh bersumpah satu sen pun tak ada duit kerajaan yang saya belanjakan kecuali untuk rakyat dan dibuat ikut peraturan kewangan sedia ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Muar di Bukit Pasir, di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari bahawa PH akan menjalankan siasatan terperinci terhadapnya kerana didakwa membelanjakan RM500 bilion ketika pandemik COVID-19, jika berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah jika ada mana-mana pihak yang ingin menjalankan siasatan terperinci berhubung perkara itu.
"Saya tidak bimbang kerana semuanya diurus mengikut dasar-dasar perolehan dan cara perbelanjaan di bawah Kementerian Kewangan. Jika ada bukti pergilah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan buatlah laporan polis.
"Bukan buat serkap jarang hingga menimbulkan keraguan, niatnya jahat, fitnah dan saya tak pernah takut sebab saya tahu saya punya pengurusan sejak zaman berzaman tadbir kerajaan," katanya.
Berhubung dakwaan wujud pergolakan dalam PN susulan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan baru-baru ini, Muhyiddin berkata, tiada pergolakan berlaku dalam gabungan itu.
"Itu apa yang dilaporkan bahawa kenyataan Takiyuddin tak dipetik secara betul dan tepat malah Takiyuddin sendiri sudah betulkan, saya sudah betulkan, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pun dah betulkan.
"Pendirian kita ialah dalam masa hadapi PRU15, kita bertegas bahawa kita bertanding atas tiket PN dan atas perjuangan PN, saya tak fikir soal gabungan mana, kalau saya kata PN nak bergabung, orang akan kata apa guna sokong PN," katanya.
Sebelum ini, Takiyuddin dilapor menyatakan PN yakin dapat membentuk kerajaan dengan gabungan parti lain terutama Barisan Nasional (BN) pada PRU15 sekiranya tidak mendapat majoriti mudah, sebelum Muhyiddin berkata beliau tidak pernah memberi mandat kepada Takiyuddin untuk berunding dengan BN.
Bagaimanapun, Takiyuddin dalam satu kenyataan semalam menyifatkan kenyataan beliau berhubung kerjasama PN dan BN selepas PRU15 telah diambil di luar konteks. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#perbelanjaan COVID-19
#Muhyiddin Yassin
#Muhyiddin bersumpah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan