awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin: BM akan diajar selama 240 minit seminggu

Astro Awani
Astro Awani
06/09/2013
10:50 MYT
Muhyiddin: BM akan diajar selama 240 minit seminggu
Waktu pembelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil akan ditambah daripada 180 minit seminggu kepada 240 minit seminggu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan, penambahan masa itu tidak akan menjejaskan pembelajaran Bahasa Ibunda yang lain, seperti yang dibimbangi sesetengah pihak
Sebaliknya, beliau menegaskan langkah ini bagi memperkasakan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan murid sekolah berkenaan.
Muhyiddin berkata tambahan masa itu perlu kerana kerajaan berpendapat, penguasaan kurikulum Bahasa Melayu di kedua-dua Sekolah Jenis Kebangsaan itu masih rendah.
Oleh itu, katanya, ia perlu dinaikkan taraf, walaupun tidak akan setanding dengan Sekolah Kebangsaan yang kini terlalu jauh jurangnya.
“Bagi memperkukuh kedua-dua bahasa ini, pelan pembangunan pendidikan Malaysia telah menggariskan beberapa inisiatif. Antaranya ialah menambah baik kurikulum Bahasa Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan.
“Bagi murid yang lemah, kelas pemulihan akan diadakan di luar waktu persekolahan dan ini tidak akan menjejaskan waktu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain,” katanya semasa melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Di Ibu Negara.
Muhyiddin menegaskan, dasar pendidikan sedia ada yang berasaskan kepada Akta Pendidikan masih dipertahankan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan ini.
Beliau menambah bahawa kementerian itu tidak berhasrat meminggirkan mana-mana aliran persekolahan dan akan memastikan setiap murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan mendapat akses, ekuiti dan kualiti pendidikan.
Sementara itu, Muhyiddin berkata pihaknya turut mencadangkan sesi pembelajaran waktu sekolah ditambah kepada dua jam bagi membolehkan waktu pembelajaran Bahasa Inggeris dapat dipertingkatkan.
Meskipun begitu, cadangan tersebut lebih praktikal dilaksanakan sekiranya semua sesi persekolahan di dalam negara diselaraskan ke sesi pagi sahaja.
“Ini kerana ketika ini, masih terdapat seribu 600 buah sekolah yang mengamalkan persekolahan dua sesi.”
Namun, Muhyiddin berkata penambahan waktu sekolah itu, masih lagi diperingkat cadangan dan akan diperhalusi kemudian.
Topic Berkaitan
#Bahasa Melayu
#tambah waktu
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan