awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin lawat Azizan di Hospital Sultanah Bahiyah

Bernama
Bernama
24/08/2013
10:22 MYT
Muhyiddin lawat Azizan di Hospital Sultanah Bahiyah
Dalam kesibukan lawatan sehari ke Kedah hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat meluangkan masa melawat bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Timbalan Perdana Menteri dan isteri Puan Sri Noraini Abdul Rahman tiba di unit rawatan rapi (ICU) HSB yang menempatkan Azizan pada pukul 3.15 petang, dengan diiringi Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan isteri Datin Norzieta Zakaria serta Pengarah HSB Datuk Dr Juita Ghazalie.
Azizan dipindahkan ke HSB minggu lepas setelah kira-kira tiga bulan dirawat di Hospital Pulau Pinang. Kedua-dua belah kakinya dipotong pada 10 Mei lalu susulan komplikasi diabetes yang kronik.
Rabu lalu, Azizan mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau di ICU HSB. Beliau mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum lepas dengan majoriti 2,774 undi, mengatasi calon Barisan Nasional Mohd Fazillah Mohd Ali.
Sementara itu, bekas setiausaha politik Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor berkata antara yang berada di wad semasa lawatan Muhyiddin ialah isteri Azizan Puan Sri Faeqah Sheikh Hamzah serta anak kelima mereka Muhammad Rafi'iy.
"Buat masa ini keadaan Tan Sri baik dan beliau berbual-bual dengan Timbalan Perdana Menteri walaupun agak lemah dan saya bagi pihak keluarga Tan Sri (Azizan) mengucapkan terima kasih kepada beliau (Muhyiddin) kerana sudi melawat hari ini," katanya kepada pemberita selepas lawatan itu.
Topic Berkaitan
#azizan
#MB
#Menteri Besar
#Muhyiddin
#TPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan