awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin lawat mangsa banjir Kelantan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
22/12/2020
04:38 MYT
Muhyiddin lawat mangsa banjir Kelantan
PASIR MAS:Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan lawatan ke pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir di Kelantan yang dilanda bencana itu sejak minggu lepas.
Ketibaan Muhyiddin disambut Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah serta Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat.
Helikopter yang membawa perdana menteri mendarat di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi di sini kira-kira 10 pagi, Selasa dan meluangkan masa hampir sejam melawat pusat pemindahan sementara itu.
Perdana menteri dibawa ke bilik mesyuarat bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ketua Jajahan Pasir Mas Nik Mohamed Noor Nik Ishak.
Beliau kemudian menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di sekolah itu serta menyampaikan bantuan berbentuk pek makanan kepada mereka.
Muhyiddin (dua, kanan) menanyakan sesuatu kepada para petugas KKM Pasir Mas Klinik sementara di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi sempena lawatan kerja beliau hari ini. - Foto Bernama
Muhyiddin (dua, kanan) menanyakan sesuatu kepada para petugas KKM Pasir Mas Klinik sementara di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi sempena lawatan kerja beliau hari ini. - Foto Bernama
Pada masa ini SK Gual Tinggi menempatkan 159 mangsa banjir daripada 51 keluarga dari sekitar Rantau Panjang.
Setakat ini, 1,065 mangsa banjir masih ditempatkan di 14 PPS membabitkan daerah Pasir Mas dan Tanah Merah.
Muhyiddin berlepas ke Terengganu untuk melawat mangsa banjir di PPS Sk Bukit Mentok, Kemaman.
Topic Berkaitan
#banjir kelantan
#Muhyiddin Yassin
#mangsa banjir
#SK Gual Tinggi
#Rantau Panjang
#PM lawat mangsa banjir
#Pasir Mas banjir
#Tanah Merah banjir
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan