Muhyiddin pengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Perdana Putra

Astro Awani
Oktober 26, 2020 02:23 MYT
Muhyiddin dijadual mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Perdana Putra pagi ini. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di bangunan Perdana Putra, di sini, kira-kira pukul 9.20 pagi, Isnin.
Beliau dijangka mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pagi ini.

Kenderaan yang dipercayai membawa Perdana Menteri @MuhyiddinYassin tiba di Pejabat Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, di sini. @501Awani #AWANINews #AWANITerkini #HapusCOVID19 pic.twitter.com/r24f4sKpCE

— SMFauzi (@FauziSuhaimi) October 26, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Turut kelihatan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran yang tiba kira-kira jam 9.20 pagi, diikuti Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Kira-kira tujuh minit kemudian, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga dilihat tiba.
Terdahulu, Muhyiddin dalam satu kenyataan pada Ahad memberitahu jemaah menteri akan berbincang dengan lebih lanjut berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mengenai keputusan Baginda untuk tidak mengisytihar darurat di negara ini atau mana-mana bahagian di Malaysia buat masa ini kerana tidak wujud keperluan.
Jemputan untuk membincangkan keputusan mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu itu dipercayai dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebelum mesyuarat khas itu bermula.
Namun demikian, agenda sebenar mesyuarat khas Kabinet itu masih belum diketahui setakat ini.
#krisis politik #Bangunan Perdana Putra #Yang di-Pertuan Agong #perintah darurat #COVID-19 #Muhyiddin Yassin #Abdul Hadi Awang #Hamzah Zainuddin