[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
NATIONAL

Muhyiddin selamat dibedah, bercuti sebulan

Bernama 12/07/2018 | 11:42 MYT
Muhyiddin akan mengambil cuti bermula hari ini untuk menjalani rawatan perubatan susulan dan dijangka kembali bertugas dalam tempoh sebulan.
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada pankreas yang dapat dikesan pada peringkat awal.
Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Muhyiddin akan mengambil cuti bermula hari ini untuk menjalani rawatan perubatan susulan dan dijangka kembali bertugas dalam tempoh sebulan.
"Alhamdulillah, pembedahan tersebut telah berjaya dan beliau dalam keadaan stabil," demikian menurut kenyataan itu.
Pejabat Menteri Dalam Negeri itu juga memaklumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjalankan tugas-tugas Menteri Dalam Negeri sementara ketiadaan beliau.
-- BERNAMA
#Mahathir Mohamad #Menteri Dalam Negeri #Muhyiddin #pankreas #Pembedahan #Perdana Menteri #perubatan