Keluhan dan masalah yang membelenggu bagi mereka yang bergelar penunggang Grab akhirnya didengari oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila beliau meluangkan masa turun padang menemui mereka pada Selasa.
Muhyiddin turut menganggap pemandu dan penunggang e-hailing sebagai wira yang tidak didendang yang dihargai ketika berdepan dengan setiap fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.
“Saya merasa bangga dengan semangat dan dedikasi mereka. Apa yang penting bagi mereka ialah mencari rezeki yang halal untuk keluarga demi kelangsungan hidup terutama sejak wabak COVID-19 melanda negara," katanya dalam kisah yang dikongsikan oleh beliau di laman Facebook peribadinya pada Selasa.
Muhyiddin turut mengakui kesukaran yang dihadapi mereka dan memahami situasi yang dialami.
Malah mengakui pendapatan yang diperolehi sepatutnya jauh lebih tinggi sebelum COVID-19 melanda seluruh dunia.
“Ada antara mereka terpaksa memandu atau menghantar pesanan pelanggan lebih lapan jam sehari. Ramai juga yang telah menjadi pemandu atau riders sepenuh masa setelah hilang pekerjaan tetap.
“Sebelum COVID-19, mereka memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM4,000 ke RM5,000 sebulan namun sekarang, mereka hanya memperoleh sekitar RM2,000 ke RM2,500 sebulan atau kurang daripada itu bergantung kepada kekerapan perjalanan yang dibuat.
Ketika ini, jelas Muhyiddin daripada hasil pendapatan yang diperoleh mereka secara maksimum hanyalah sekitar RM150 sehari.
Namun, semangat kental untuk mencari rezeki itu adalah sesuatu yang wajar dipuji.
“Daripada saya tidak buat apa, lebih baik bekerja sebagai Grab driver. Sekurang-kurangnya, dapat menjana pendapatan, dapatlah sedikit sebanyak membantu keluarga," menurut salah seorang pemandu Grab kepada Muhyiddin.
Muhyiddin juga turut melahirkan rasa kagumnya ketika melihat kelibat pasangan suami isteri kelainan upaya (OKU) Siti Fatimah dan Nijaz Nathan Vellasamy yang juga merupakan pemandu e-hailing.
Kedua-dua mereka turut mengadu akan kebimbangan terhadap peraturan LPS dan garis panduan perkhidmatan penghantaran makanan, minuman dan bungkusan atau e-hailing jika ia dilaksanakan.
“Saya akan meminta MOT meneliti semula perkara ini dengan seberapa segera. Saya amat menghargai sumbangan besar para pemandu dan riders dalam menjana ekonomi negara.
Muhyiddin juga sempat meninggalkan pesanan dan doa sebelum mengakhir pertemuan itu dengan mengharapkan kesemua mereka mengutamakan keselamatan diri ketika bekerja.
“Saya ingin berpesan kepada semua pemandu/rider, agar dalam pada gigih mencari rezeki, jangan sesekali lupa menjaga keselamatan diri. Apa juga cabaran dan dugaan yang datang jangan putus asa atau cepat mengalah. Sematkan semangat ini dalam diri.
“Semoga Allah memberkati usaha anda semua dan melindungi kita daripada sebarang musibah," katanya.
Raja Hisyam Raja Zaid
Tue Nov 24 2020
Muhyiddin turut menganggap pemandu dan penunggang e-hailing sebagai wira yang tidak didendang yang dihargai ketika berdepan dengan setiap fasa PKP sejak Mac lalu. - Sumber foto FB Muhyiddin Yassin
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
Muhyiddin mohon lima hakim dengar permohonan semakan
Muhyiddin mohon semakan kehakiman bagi mencabar keputusan yang mengarahkan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta.
Saya bersedia berhadapan sebarang kemungkinan yang berlaku - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menjelaskan sebagai seorang politik beliau perlu sentiasa bersedia dalam apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.
PMO tentukan kelulusan projek Jana Wibawa, rundingan terus atau tender terbuka - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa Pejabat Perdana Menteri yang menentukan sama ada kelulusan projek Jana Wibawa melalui rundingan terus atau tender terbuka prakelayakan.
Jelajah PN: Syed Saddiq beri penjelasan kepada kepimpinan MUDA
Syed Saddiq berkata sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, perlu dibuat demi kepentingan rakyat dan bukan atas nama parti.
Isu sokong MB Selangor: Mana ada kartel? - Muhyiddin
Presiden BERSATU itu menegaskan, parti tersebut bergerak berdasarkan Perlembagaan dan memiliki peraturan yang perlu dipatuhi.
Cabar kosongkan kerusi sebab bimbang ada 'tangan ghaib'- Muhyiddin
Tindakan mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytihar enam kerusi Parlimen dan satu DUN dikosongkan dibuat kerana bimbang wujud 'tangan ghaib'.
PN tekad tingkatkan sokongan dari kalangan bukan Melayu dan Bumiputera - Muhyiddin
Perikatan Nasional perlu meningkatkan lagi usaha untuk menarik sokongan masyarakat bukan Melayu dan Bumiputera, terutamanya dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Cabaran kosongkan kerusi: "Kepala 'parti lompat' yang mahu cadang pula"- Anwar
Anwar menempelak kenyataan Muhyiddin berhubung cabaran kepada kerajaan bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi di lima kawasan Parlimen dan satu DUN.