awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Prasarana catat rekod 1.63 juta penumpang harian tertinggi 31 Disember
RM15 juta untuk Dapur Siswa, pastikan tiada mahasiswa 'ikat perut'
NVIDIA dijangka perkenal semula GeForce RTX 3060 akibat kekurangan VRAM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin terima kunjungan hormat bekas pengerusi Hamas

Sinar Harian
Sinar Harian
24/05/2019
06:24 MYT
Muhyiddin terima kunjungan hormat bekas pengerusi Hamas
Muhyiddin Yassin menerima kunjungan hormat Khaled di pejabatnya. -Facebook Muhyiddin Yassin
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kunjungan hormat daripada Pergerakan Islam Palestin (Hamas) di pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri hari ini.
Pergerakan itu diwakili bekas Ketua Hamas, Khaled Mishaal bersama lima delegasi.
Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Muslim Abu-Umar.
Pertemuan tersebut disiarkan menerusi laman Facebook rasmi Muhyiddin.
Khaled sebelum ini bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Rabu lalu.
Dalam pertemuan bersama Dr Mahathir, Khaled berkata pertemuan selama sejam itu membincangkan mengenai perjuangan dan keadaan semasa di Palestin.
Khaled yang ditemui wartawan selepas pertemuan itu berkata Hamas mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir atas layanan mesra yang diberikan terhadap kehadiran mereka, di samping menyampaikan penghargaan kepada Perdana Menteri terhadap sokongannya yang berterusan kepada perjuangan Palestin bagi menamatkan pendudukan Israel di negara itu.
Topic Berkaitan
#Facebook
#Hamas
#Kementerian Dalam Negeri
#Khaled Mishaal
#Muhyiddin Yassin
#Pergerakan Islam Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan