KUALA LUMPUR: Dalam keadaan dunia bergelut dengan COVID-19 yang mengehadkan pergerakan manusia, hubungan antarabangsa Malaysia dengan rakan asing tetap mantap.
Setelah berjumpa Presiden Indonesia Joko Widodo, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan terbang ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan China beberapa bulan ini untuk mengukuhkan hubungan sedia ada.
Yang terdekat, perdana menteri dijadualkan melawat Arab Saudi dan UAE bulan depan.
Muhyiddin berkata dalam keadaan pandemik COVID-19 tidak bermakna negara tidak memberi perhatian dalam hubungan antarabangsa, malah Malaysia sentiasa memberi keutamaan dalam bidang ini.
Ini bagi memastikan Malaysia mempunyai hubungan akrab dengan negara luar dan mengekalkan dasar berbaik-baik kerana hasil daripada itu ia sudah semestinya memberi keuntungan.
"Jangkaan dalam bulan Mac ini saya akan pergi ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu, selepas itu mungkin nak pergi ke China ada rancangan begitu kerana bagi saya hubungan yang telah terjalin sekian lama mesti kita diperkukuhkan.
"Ada faedah dari segi perdagangan, pelaburan, pendidikan, budaya, seni dan sebagainya. Sebab itu saya kalau boleh hubungan kita dengan semua negara ASEAN ini yang terdekat menjadi keutamaan kita. Lepas ini ke Brunei, selepas itu Jepun, Korea, memang semua negara ini kita ada hubungan, ada bilateral, ada perjanjian baik perdagangan, pelaburan, pendidik," katanya semasa wawancara khas bersama Bernama dan beberapa organisasi media sempena setahun beliau memegang jawatan perdana menteri di kediamannya di Bukit Damansara, di sini.
Mengambil contoh lawatan rasminya ke Indonesia awal bulan ini, Muhyiddin berkata hubungan Malaysia-Indonesia bukan hubungan biasa tetapi mempunyai kepentingan ekonomi kerana Indonesia akan bangkit sebagai satu kuasa besar seperti negara China.
"Dasar Malaysia sejak dulu dan saya pertahankan dasar itu tetapi soal dasar tidak cukup, hasil hubungan itu mesti memberi keuntungan kepada kita, jadi mesti ada hubungan yang akrab.
"Sebab itu saya pilih Indonesia dalam keadaan tidak menentu kerana Pak Jokowi (Presiden Indonesia Joko Widodo) kata sila Pak, orang Indonesia sedang menunggu, jadi saya pergi," katanya.
Muhyiddin berkata pandemik COVID-19 tidak menghalang negara untuk menjalinkan hubungan erat melalui Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang diadakan secara maya pada November tahun lepas.
"Alhamdulillah macam di sidang APEC hari itu, kita berjaya menguruskan, saya berinteraksi secara maya dengan semua pemimpin dunia. Saya lebih seronok kalau dapat hubungan secara peribadi dengan cara lawatan fizikal, tetapi tidak boleh.
"Pelaksanaan imunisasi vaksin ini penting bukan saya sahaja nak keluar negara, peniaga nak keluar negara tetapi apabila dah ada vaksin kita rasa lebih selamat. Mungkin ini akan membuka sempadan kita, hubungan kita dengan negara lain pun lebih akrab lagi, insya-Allah," katanya.
Mengenai pendirian Malaysia terhadap polisi luar negara, Muhyiddin menegaskan kerajaan pimpinannya tidak pernah mengubah dasar yang baik untuk negara dan terlepas pandang isu-isu luar negara.
Beliau berkata Malaysia tidak pernah "main-main" dalam menjalinkan hubungan akrab dengan negara luar termasuk China kerana ia boleh merugikan negara.
"Ia tidak diabaikan namun disebabkan keadaan dan situasi, tetapi kementerian luar kita yang memainkan peranan utama dalam menjalin hubungan dengan negara lain itu berjalan macam biasa. Menteri pun berhubung secara maya, telefon dan sebagainya.
"Saya dapat laporan (secara) berkala. Kalau ada isu-isu tertentu Malaysia tidak terkecuali, isu Myanmar ataupun isu yang berlaku di Timur Tengah, kita tahu apa berlaku dan kita ada pendirian negara kita tentang isu-isu tertentu sejak dulu dan secara konsisten walaupun ini pentadbiran baharu," katanya.
Beliau berkata selain ASEAN, antara dasar utama negara ialah hubungan dengan negara Islam kerana orang mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam terkemuka.
"Banyak dulu hubungan kita dengan negara Islam bukan kerana dengan Islam sahaja tetapi ada faedah pada yang lain-lain juga. Dengan negara China yang merupakan rakan dagang terbesar kita, ini tidak boleh main-main, kalau kita tidak ada hubungan akrab dengan mereka dalam bentuk apa, ini merugikan Malaysia.
"Sebab itu saya punya cadangan nak melawat sana berjumpa dengan Presiden Xi Jinping berbincang banyak agenda yang telah pun diputuskan yang lalu dan nak lihat bagaimana China dan Malaysia boleh bekerjasama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 28 2021

Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Wawancara Khas Bersama Perdana Menteri dengan beberapa organisasi media sempena setahun beliau menjadi perdana menteri di kediamannya di Bukit Damansara, di sini.- Foto BERNAMA

Hari Bumi 2021 | Baik pulih bumi kita, tumpu lima tonggak utama
Perubahan iklim dan kemerosotan persekitaran telah merosakkan sistem semula jadi, yang membawa kepada penyakit baru dan maut serta kerosakan ekonomi global. Sama seperti perubahan iklim dan pandemik COVID-19, bumi juga perlu pulih. Dengan tema baik pulih bumi kita, ia mengingkatkan semua, peluang yang ada untuk berbuat demikian.

Hari Bumi 2021: Urus lebihan makanan dengan bijak
Pihak terlibat boleh lebih kreatif dalam menggerakkan kempen sehingga ia mampu memberi impak besar kepada masayarakat dan juga alam sekitar.

COVID-19 | Kes positif global lebihi 143 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 143 juta. Ini berikutan pertambahan lebih empat ratus ribu kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.

COVID-19 | Kukuhkan langkah kesihatan awam - KP Kesihatan
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyeru semua pihak untuk mengukuhkan langkah-langkah kesihatan awam. Katanya itu adalah kunci memerangi COVID-19 disamping pelaksanaan pemberian vaksin.

Hari Bumi 2021 | Pelihara bumi komitmen semua pihak
Bumi boleh dibaik pulih sekiranya tanggungjawab itu dipikul bersama semua pihak termasuk individu, kerajaan dan sektor korporat. WWF Malaysia yakin dalam usaha memulihkan bumi, tiada yang mustahil sekiranya komitmen tersebut dapat dijalankan dengan cekap.

COVID-19 | Angka korban global kini lebihi 3.05 juta kes
Angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan sejak 24 jam lepas. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melepasi 3.05 juta kes.

Hari Bumi 2021 | Urus lebihan makanan dengan bijak
Semua pihak perlu tahu bagaimana untuk menguruskan lebihan makanan bagi memastikan bumi sentiasa terpelihara. Pengarah Program Eko-Knights, Fadly Bakhtiar menjelaskan, antara kaedah terbaik menguruskan lebihan makanan adalah menjadikannya sebagai baja kompos supaya ia tidak disalurkan ke pusat pelupusan sampah.

Vaksin COVID-19 | 200 juta dos berjaya diedar di AS
Amerika Syarikat berjaya mengagihkan 200 juta dos vaksin COVID-19 dalam tempoh 100 pentadbiran Presidennya, Joe Biden. Susulan kejayaan itu, fasa baru akan bermula oleh Kerajaan Persekutuan dalam usaha untuk terus meningkatkan usaha vaksinasi dan melindungi rakyat negara itu.

Pasaran AS | Wall Street meningkat, saham Netflix rendah
Saham di Wall Street meningkat kembali pada Rabu dengan pelabur menumpukan perhatian kepada saham yang dijangka mendapat manfaat daripada pemulihan ekonomi. Ini turut memulihkan sentimen yang sebelum ini terjejas akibat penjualan saham Netflix selepas keputusan korporat yang lemah.

Operasi SAR | Indonesia teruskan usaha kesan KRI Nanggala
Tentera Laut Indonesia meneruskan usaha mencari dan menyelamat kapal selam yang dikaporkan hilang di perairan Bali. Komander tentera negara itu, Hadi Tjahjanto mengesahkan pasukan mencari turut mengesan tumpahan minyak di lokasi selaman kapal berkenaan.

Muhyiddin tetap perkukuh hubungan antarabangsa
Dalam keadaan dunia bergelut dengan COVID-19 yang mengehadkan pergerakan manusia, hubungan antarabangsa Malaysia dengan rakan asing tetap mantap.

Perkasa hubungan antarabangsa agenda utama Hishammuddin
Hishammuddin akan lonjakkan lagi nama baik negara sekali gus memastikan Malaysia semakin disegani dan dihormati di peringkat antarabangsa.

Keanggotaan Timor Leste sebagai negara anggota ASEAN ke-11
Kehadiran kuasa-kuasa besar lain pasti mewujudkan gelanggang percaturan geopolitik di Asia Tenggara yang akhirnya memberi kesan kepada keharmonian rantau ini.

Malaysia tidak setuju tindakan India terus menekan Pakistan - Tun Mahathir
Malaysia akan menyertai dua lagi negara iaitu China dan Turkey dalam usaha menghalang Pakistan dari disenaraihitamkan agensi itu.

Polis tumpaskan sindiket seludup migran Sri Lanka ke Eropah, 11 ditahan
PDRM melumpuhkan satu rangkaian sindiket penyeludupan migran ke negara Eropah yang melibatkan warga tempatan.

Kedua-dua TPM Singapura berazam bekerjasama rapat dengan TPM baharu Malaysia
Teo Chee Hean dan Tharman Shanmugaratnam berkata kerjasama dua hala antara Singapura dan Malaysia kini berada dalam keadaan kukuh.

Jerman perlu sedia hadapi ekonomi sukar dalam era Trump - Menteri Luar Jerman
Isu perdagangan bebas dan kerjasama trans-Atlantik untuk memerangi ektremisme dan keganasan adalah penting buat Berlin.