awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM tumpu dakwaan pengubahan wang haram RM2.5 bilion babitkan IJM
Pesawat IAT ATR 42-500 terhempas: Pasukan SAR jumpa mayat kedua
PM Jepun Takaichi bubar Dewan Rendah pada Jumaat ini, pilihan raya umum 8 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin Zahir rasa dukacita atas kehilangan QZ8501

Bernama
Bernama
28/12/2014
11:04 MYT
Muhyiddin Zahir rasa dukacita atas kehilangan QZ8501
Muhyiddin turut berharap supaya anggota keluarga dan waris penumpang pesawat berkenaan bersabar.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.
"Saya telah berhubung dengan Tan Sri Tony Fernandes (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia) dan kita yakin usaha untuk mencari dan menyelamat dilaksanakan segera.
"Perdana Menteri pun sudah beri kenyataan untuk kita memberi apa saja bentuk bantuan supaya kita dapat mencari di manakah pesawat yang hilang itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Muhyiddin turut berharap supaya anggota keluarga dan waris penumpang pesawat berkenaan bersabar dan terus berdoa agar operasi mencari serta menyelamat berjaya diselesaikan dalam tempoh yang sesuai.
Pesawat AirAsia Indonesia yang membawa 155 penumpang terdiri daripada 138 dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi serta tujuh anak kapal hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura pagi ini.
Pesawat Airbus A320-200 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda pada 5.30 pagi (waktu Surabaya) sebelum terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada 7.24 pagi (waktu Surabaya).
Pesawat itu dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Obama
#QZ8501
#Singapore
#Singapura
#Surabaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan