awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mukhriz gagal faham konsep ekonomi mudah - AzwanBro

Astro Awani
Astro Awani
15/09/2017
09:27 MYT
Mukhriz gagal faham konsep ekonomi mudah - AzwanBro
AZWANBRO: Lebih menjijikkan apabila Mukhriz memilih untuk menutup kebenaran dan mempolitikkan lawatan ini. -Gambar BERNAMA
Datuk Seri Mukhriz Mahathir disifatkan gagal untuk memahami konsep ekonomi yang mudah semasa mempertikai lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu memilih untuk menutup kebenaran dan hanya mempolitikkan lawatan itu semata-mata.
"Ketika umum memandang lawatan rasmi PM ke AS sebagai suatu pencapaian ekonomi dan strategi yang membanggakan, perkara ini tidak sama sekali bagi Mukhriz Mahathir yang membuat dakwaan murahan bahawa Malaysia mengalami kerugian dalam perjanjian pelaburan yang telah dimeterai.
"Realitinya, Malaysia mempunyai lebihan dagangan berbanding AS. Pelaburan AS di Malaysia lebih tinggi berbanding pelaburan Malaysia di sana.
"Malangnya Mukhriz gagal untuk memahami konsep ekonomi yang mudah seperti ini. Lebih menjijikkan apabila Mukhriz memilih untuk menutup kebenaran dan mempolitikkan lawatan ini," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Agak2 ada Fasal 117 ala Perlembagaan 1MDB dlm KWSP yg beri kuasa kpd @NajibRazak utk putuskan hal pelaburan berbilion duit pencen kita?
— Mukhriz Mahathir (@MukhrizMahathir) September 14, 2017
Kalau jumlah & jenis pesawat diumum, & bajet pembelian pun dah disebut, nak runding apa lagi? #takretirundingharga #terlebihcerdik
— Mukhriz Mahathir (@MukhrizMahathir) September 14, 2017
Khairul Azwan mengulas catatan Twitter Mukhriz yang mempertikaikan lawatan Datuk Seri Najib dengan Presiden Donald Trump yang berlangsung di White House.
Tegasnya, sikap Mukhriz yang penuh dengan hasad dengki adalah bertentangan dengan amalam demokrasi yang berasaskan fakta dan kebenaran.
BACA: Pelaburan KWSP di AS tingkat pulangan dividen - PM Najib
BACA: Malaysia, AS bergandingan lenyapkan kumpulan pengganas - PM
"Hal ini membuktikan tahap pemikiran Mukhriz yang tidak matang dan telah memakan dirinya sendiri," jelasnya.
Sebelum ini, Datuk Seri Najib memberitahu komuniti perniagaan AS bahawa terdapat kempen untuk sengaja mensabotaj 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan melemahkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia.
Perdana Menteri berkata tindakan itu merupakan sebahagian daripada percubaan yang gagal untuk menggulingkan kerajaan sementara menunggu kitaran pilihan raya.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Mukhriz Mahathir
#Najib Razak
#Pemuda UMNO
#PPBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan