awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mula gerak kerja realisasikan Ipoh sebagai Bandar Ekonomi Donat 2027

Aida Aziz
Aida Aziz
24/08/2022
00:15 MYT
Mula gerak kerja realisasikan Ipoh sebagai Bandar Ekonomi Donat 2027
Rumaizi menyampaikan cenderamata kepada Raworth selepas selesai Bengkel Doughnut Economic: Remaking the Future of Cities di Ipoh, 23 Ogos 2022. - Foto ihsan MBI
IPOH: Bengkel Doughnut Economic: Remaking the Future of Cities akan menjadi permulaan gerak kerja kepada agenda pelaksanaan projek rintis Ipoh sebagai Bandar Ekonomi Donat 2027.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, bengkel ekonomi donat yang berlangsung di sini semalam diharap dapat menjayakan matlamat menjadikan Ipoh mencapai status tersebut.
Hadir bagi mengendalikan bengkel anjuran Institut Darul Ridzuan (IDR) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak berkenaan ialah Pengasas Ekonomi Donat, Profesor Kate Raworth.
Turut sama, wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Majlis Daerah Batu Gajah, Majlis Daerah Kampar, Majlis Daerah Kuala Kangsar, Majlis Daerah Perak Tengah dan Ketua Jabatan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Terdahulu, pelan Perak Sejahtera 2030 menggariskan Ipoh Bandar Ekonomi Donat 2027 sebagai Program Flagship.
Menerusi pelan itu, turut dinyatakan pengiktirafan Ipoh sebagai bandar ekonomi donat pertama di rantau Asia.
Ia meletakkan negeri Perak seiring dengan negara peneraju kelestarian alam sejagat dalam merancang dan melaksanakan pembangunan sosioekonomi.
Raworth sedang mengendalikan Bengkel Doughnut Economic: Remaking the Future of Cities. - Foto ihsan MBI
Raworth sedang mengendalikan Bengkel Doughnut Economic: Remaking the Future of Cities. - Foto ihsan MBI
Jaringan yang bakal terjalin menerusi pengiktirafan ini boleh dimanfaatkan untuk penjenamaan dan pemerkasaan negeri secara inklusif.
Sebelum ini dilaporkan, konsep ekonomi donat lambat-laun mulai dilaksanakan dalam skala perbandaran.
Amsterdam mengumumkan penggunaan model itu untuk memperbaiki ekonomi pasca COVID-19 melalui perencanaan ekonominya.
Model tersebut digunakan untuk mengubah cara menilai persaingan ekonomi sambil mempertimbangkan kesannya terhadap persekitaran perbandaran.
Selain itu, model ekonomi donat berfungsi sebagai kerangka untuk pembangunan mampan dengan mengintegrasikan konsep sempadan persekitaran dengan konsep pelengkap kesejahteraan sosial serta ekonomi.
Rumaizi (dua, kanan) turut sama menyertai bengkel. - Foto ihsan MBI
Rumaizi (dua, kanan) turut sama menyertai bengkel. - Foto ihsan MBI
Topic Berkaitan
#Ipoh
#Bandar Ekonomi Donat 2027
#Rumaizi Baharin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan