awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mula-mula bergurau, kemudian bergaduh

Sinar Harian
Sinar Harian
09/07/2024
03:40 MYT
Mula-mula bergurau, kemudian bergaduh
Berlaku kejadian pergaduhan melibatkan pelajar di sebuah sekolah di sekitar Kota Kinabalu. - Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Empat pelajar Tingkatan Empat dan Lima ditahan polis selepas terlibat dalam pergaduhan berhampiran sebuah sekolah menengah di daerah ini pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung pergaduhan tersebut.
"Laporan diterima dan tindakan telah diambil di mana seramai empat pelajar berusia 16 hingga 17 tahun ditahan pada Ahad lalu.
"Kejadian dipercayai berlaku akibat bergurau pada mulanya sebelum bertukar menjadi pergaduhan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Katanya lagi, kesemua pelajar tersebut telah dibebaskan dengan jaminan pihak polis.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.
Sebelum itu, tular satu video berdurasi 33 saat memaparkan pelajar bergaduh sesama sendiri dalam kejadian membabitkan sebuah sekolah sekitar Kota Kinabalu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pelajar
#gaduh
#Kasim Muda
#Bergurau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan