KUCHING: Zon Selatan negeri Sarawak merangkumi daerah Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Asajaya, Simunjan, Serian dan daerah Tebedu akan beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 1 Okt ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu selepas membuat penilaian risiko dan mengambil kira nilai-nilai ambang bagi ketiga-tiga indikator PPN bagi Zon Selatan.
Susulan peralihan tersebut, seluruh Sarawak akan berada dalam Fasa Tiga PPN berkuat kuasa 1 Okt.
"Prosedur operasi standard (SOP) bagi sektor-sektor khusus boleh didapati di laman web Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak serta Kementerian Belia dan Sukan negeri dengan informasi yang berkaitan akan dimuat naik ke laman tersebut pada minggu ini.
"Bagi pemandu dan pekerja sektor kenderaan yang membawa barangan serta perkhidmatan perlu adalah diwajibkan menjalani saringan 'RTK-Antigen' atau ujian air liur setiap tujuh hari selain mendapatkan permit PDRM jika perlu melaksanakan tugas secara merentas daerah dengan kerap atau berkala," kata JPBNS.
Sebelum ini, Sarawak dibenarkan untuk melaksanakan Fasa Tiga PPN di negeri berkenaan pada 3 Ogos lepas.
Namun JPBN mengambil keputusan menangguhkan pelaksanaan fasa itu di zon berkenaan berikutan angka kes yang masih tinggi di zon tersebut ketika itu.
Sementara itu, Sarawak hari ini merekodkan 2,723 kes baharu COVID-19 dengan 12 individu mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan alat pernafasan manakala 2,711 kes lagi adalah mereka yang tidak bergejala dan bergejala ringan.
Sebanyak 19 kematian dilaporkan hari ini, masing-masing tiga kematian direkodkan antara 7 dan 23 Sept, empat kematian (24 Sept), 11 kematian ( 25 Sept) dan satu kematian pada 26 Sept.
JPBN turut mengisytiharkan dua kluster baharu di Limbang dikenali sebagai Kluster Tembok Limbang yang dikesan melibatkan banduan di Penjara Pusat Limbang, dengan 14 orang dikesan positif daripada 63 individu disaring.
Bagi Kluster Melaban yang dikesan melibatkan penduduk di sebuah rumah panjang pula, sejumlah 37 individu didapati positif daripada 50 orang yang disaring.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 27 2021
Zon Selatan negeri Sarawak merangkumi daerah Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Asajaya, Simunjan, Serian dan daerah Tebedu akan beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 1 Okt ini. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kerangka kerja pengurusan aset bersepadu diumumkan tidak lama lagi - Abang Johari
Abang Johari berkata ekonomi Sarawak perlu distruktur semula dengan memberi tumpuan kepada pengurusan aset secara berhemat dan profesional.
Abang Johari dipuji sebagai pempengaruh ekonomi baharu, kata tokoh korporat Itali
Abang Johari memainkan peranan mengagumkan dalam memajukan pengeluaran hidrogen, sektor yang disifatkannya sebagai kunci kepada masa depan mampan.
Tegkang, filem terbitan Sarawak di pawagam mulai hari ini
Hampir semua penggambaran filem ini dibuat di tanah tinggi Bario, dengan anak tempatan Josh Nawan sebagai pengarah serta penulis skrip.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Sarawak sedia bincang jika SJK, sekolah swasta mahu duduki peperiksaan penilaian standard
Kerajaan Sarawak sedia berbincang jika ada sekolah bukan di bawah Program Dwibahasa (DLP) mahu menduduki peperiksaan penilaian standard.
Lapangan terbang di Sarawak daftar hampir lapan juta penumpang pada suku ketiga 2024
Lapangan terbang serta lapangan terbang berlepas dan mendarat jarak pendek (STOLports) di Sarawak mencatatkan 95,441 pergerakan pesawat yang membawa 7.56 juta penumpang setakat suku ketiga tahun ini.
Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.
Pusat Kecerdasan Buatan Sarawak ditubuhkan tahun depan - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Pusat Kecerdasan Buatan Negeri (SAIC) pada tahun depan.
Tambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak dilaksana selepas PRU16 - Fadillah
Pelaksanaan bagi pertambahan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak hanya dimuktamadkan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
LPA di bawah MoT selepas Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak
Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA), yang kini diselia oleh Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) tidak lama lagi akan beroperasi secara langsung di bawah Kementerian Pengangkutan (MoT).