MALAYSIA
MUM’S 2025 perkukuh perpaduan, tingkat gaya hidup sihat warga kehakiman syariah
Zulkifli berucap pada majlis perasmian MUM'S 2025 di di Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, malam tadi. - Gambar Facebook Zulkifli Hasan
TANJONG MALIM: Program Multaqa' Mahkamah Syariah (MUM'S 2025) menjadi platform utama menyatukan warga perundangan dan kehakiman syariah seluruh negara, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan.
Beliau berkata, temasya sukan dwitahunan itu juga merupakan usaha memperkukuh perpaduan, meningkatkan amalan gaya hidup sihat serta memupuk semangat kerjasama berpasukan dalam kalangan pegawai perundangan serta kehakiman syariah.
Zulkifli berkata, semangat kesukanan yang dizahirkan melalui MUM'S 2025 bukan sekadar menguji kekuatan fizikal tetapi turut menjadi simbol komitmen seluruh warga kehakiman dalam memelihara integriti, meningkatkan profesionalisme dan memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.
"Impak positif program ini bukan sahaja akan meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan warga kehakiman syariah malah turut menyumbang kepada pembinaan imej positif perkhidmatan perundangan dan kehakiman syariah di mata masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar dalam majlis perasmian MUM'S 2025, di sini, malam tadi.
Zulkifli berkata, lebih 1,400 warga kehakiman syariah dari seluruh negara yang mewakili 15 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan menyertai MUM'S 2025.
Program yang berlangsung dari 20 Ogos lepas hingga esok di Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dianjurkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak (JKSPk).
Sebelum ini, MUM'S telah dianjurkan di lima universiti utama iaitu Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) pada 2010, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (2013), Universiti Sains Malaysia (USM) (2015), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) (2017) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (2023).
-- BERNAMA