KOTA BHARU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan sudah menyiasat kejadian seekor gajah yang merosakkan tingkap dapur sebuah rumah di ladang di Aring, Gua Musang.
Pengarahnya, Mohamad Hafid Rohani berkata, sebaik menerima laporan itu, pegawainya terus bertindak pergi ke lokasi tetapi haiwan berkenaan sudah masuk semula ke hutan.
"Mungkin gajah itu tersesat daripada kumpulannya dan keluar ke kawasan rumah berkenaan.
"Kemungkinan juga ia gajah tunggal yang keluar mencari makanan," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.
Sebelum ini tular di media sosial mengenai video seekor gajah liar bergading bertindak merosakkan dan memecahkan tingkap kaca bahagian dapur rumah yang dihuni tiga pekerja ladang kira-kira jam 4 pagi Ahad.
Video berdurasi 40 saat itu memaparkan gajah berkenaan turut merosakkan beberapa barangan di dapur dan penghuni terbabit berusaha menghalang haiwan itu.
Mohamad Hafid turut memberi contoh kitaran hidup gajah yang akan kembali semula ke hutan iaitu lokasi asal haiwan itu mencari makanan.
Beliau memberitahu, jabatan itu mencadangkan pengadu memasang lampu LED biru di kawasan kuaters selain pemasangan Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) di sepanjang kawasan ladang serta kuaters pekerja.
"Jika konflik gangguan gajah berlaku sehingga mengancam keselamatan pekerja ladang, kita cadangkan tangkap pindah dilakukan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 12 2023

Video tular memaparkan seekor gajah yang merosakkan tingkap dapur sebuah di ladang di Aring, Gua Musang Ahad lalu. -Gambar fail/TikTok @ayohlaht4

AS & Kanada komited tentang rejim autoritarian
Amerika Syarikat dan Kanada ikrar akan bersama menentang rejim authoritarian.

Biden sahkan China tidak bekal senjata kepada Rusia
Presiden Joe Biden sahkan China tidak membekalkan senjata kepada Rusia, untuk operasi ketenteraan negara itu di Ukraine.

Rangka manusia ditemui terdampar tepi sungai
Mayat tanpa identiti tersebut didapati berada di tepi sungai di mana jarak antara sungai dengan mayat dijumpai kira-kira 1.8 meter.

Masalah gangguan bekalan air, apa penyelesaian?

Penumpang Prasarana cecah sejuta sehari
Jumlah penumpang perkhidmatan Prasarana mencecah sejuta sehari. Ia termasuk penggunaan perkhidmatan Rapid Bus dan MRT laluan Putrajaya.

Ibrahimovic pecah rekod Euro
Zlatan Ibrahimovic menjadi pemain kedua tertua beraksi dalam kelayakan kejohanan Eropah pada usia 41 tahun.

"Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak..." - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan
Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia dan rakan-rakannya sudah mempunyai perancangan untuk menunaikan solat tarawih di masjid berlainan.

Puteri Sarah berlakon drama poligami, netizen sifatkan seakan kehidupan sebenar
Sarah memuat naik gambarnya bersama dua pelakon yang terlibat dalam drama berkenaan iaitu Daniella Sya dan Aida Khalida.

AWANI Ringkas: Kerja pembaikan paip pecah selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS
Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS

Kakitangan Perhilitan maut disyaki keracunan makanan
Seorang kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) maut kerana dipercayai keracunan makanan di Gunung Gelemat, Kuala Jengai, di Hulu Dungun, petang Khamis.

Yong Ana, Yop Padang tersesat berjaya dipindahkan
Tindakan pantas Perhilitan Perak berjaya menangkap dua gajah liar yang tersesat di Kampung Padang di sini pada Jumaat lalu.

Lebih enam jam pindah gajah di RTP Kesedar Sungai Terah
Perhilitan Kelantan mengambil masa lebih enam jam untuk memindahkan seekor gajah jantan dewasa di Jalan Subong, RPT Kesedar Sungai Terah.

Disangka anjing, rupanya beruang sesat masuk kampung
Penduduk di Kampung Jelutong, Malim Nawar dekat sini gempar apabila melihat seekor beruang matahari di kawasan berkenaan pada Jumaat.

Gajah ragut dua nyawa di Pos Betau, Senderut ditangkap dan dipindahkan
Menangkap dan memindahkan gajah jantan itu dilakukan susulan kejadian serangan haiwan itu terhadap penduduk Orang Asli.

Pak belang baham 11 lembu
Kejadian terbaharu pada Selasa minggu lalu melibatkan dua lembu miliknya yang dimakan oleh binatang buas tersebut.

Seekor harimau kumbang ditangkap di Gerik
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Daerah Gerik, Perak telah menangkap seekor harimau kumbang dalam satu operasi di Kompleks Perikanan Darat Banding, semalam.

Perhilitan Pahang berjaya tangkap gajah jantan
Haiwan liar tersebut berjaya ditangkap kira-kira jam 12 tengah hari selepas operasi dijalankan sejak Ahad lalu.

Beruang matahari tersesat gigit anggota bomba berjaya ditangkap
Seekor beruang matahari dipercayai tersesat di kawasan sawah di Kampung Selengkoh, Yan, berjaya ditangkap sekitar 1 tengah hari tadi.

"Gajah kopak dinding, tarik keluar tilam lalu memakannya" - Orang Asli Pos Brooke
Masyarakat Orang Asli di Pos Brooke, Gua Musang mendakwa gajah liar yang berkeliaran berhampiran penempatan itu semakin berani datang hampir ke kediaman penduduk.