MALAYSIA
Mungkinkah sembilan aktivis FFC Malaysia akan tiba di Istanbul malam ini?
Tanda tanya kini timbul sama ada sembilan aktivis Malaysia yang diculik oleh tentera Israel ketika menyertai pelayaran kapal Conscience anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC) akan tiba di Istanbul malam ini.
ISTANBUL: Tanda tanya kini timbul sama ada sembilan aktivis Malaysia (termasuk wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri) yang diculik oleh tentera Israel ketika menyertai pelayaran kapal Conscience anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC) akan tiba di Istanbul malam ini.
Menurut laporan terkini daripada Humanitarian Relief Foundation (IHH), sebuah lagi pesawat khas dari Israel dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Turkiye hari ini.
Pesawat itu difahamkan membawa keluar sekumpulan aktivis dari 22 buah negara, termasuk Malaysia, yang sebelum ini ditahan oleh pihak berkuasa Israel.
Pesawat berkenaan dijadual tiba pada jam 3 petang waktu tempatan, bersamaan 8 malam waktu Malaysia.
Sumber daripada lapangan kemanusiaan memaklumkan, kesemua sembilan aktivis Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan tersebut turut akan menaiki pesawat sama.
Perkara ini turut diperkuatkan melalui kemas kini di akaun media sosial rasmi Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al Nuri, yang memetik kenyataan Kementerian Luar Turkiye bahawa pesawat tersebut akan membawa bersama aktivis Malaysia ke Istanbul.
Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa Malaysia mengenai ketibaan mereka, namun, perkembangan ini memberi harapan besar kepada rakyat Malaysia yang mengikuti rapat perjalanan misi kemanusiaan itu.

#Freedom Flotilla Coalition
#Kapal Conscience
#Conscience Flotilla
#aktivis Malaysia
#wartawan Astro AWANI