MALAYSIA
Muniandy angkat sumpah jawatan Hakim Mahkamah Rayuan
Muniandy mempunyai kelulusan Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian Universiti Malaya dan Sarjana Undang-Undang Universiti Malaya.
PUTRAJAYA: Hakim Mahkamah Tinggi K. Muniandy hari ini mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.
Ringkasan AI
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan Muniandy, 64, mengangkat sumpah dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Kehakiman di sini.
Beliau mengangkat sumpah dihadapan Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.
Muniandy yang berasal dari Negeri Sembilan mempunyai kelulusan Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian Universiti Malaya dan Sarjana Undang-Undang Universiti Malaya.
Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Peguam Persekutuan di Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara dari 1980 hingga 1984.
Sepanjang kerjaya, Muniandy pernah memegang pelbagai jawatan termasuk sebagai Majistret, Timbalan Pendakwa Raya, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan (Polisi) di Jabatan Peguam Negara serta Pengarah Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia.
Beliau dilantik Pesuruhjaya Kehakiman pada 2019, sebelum disahkan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 2022.
Beliau bertugas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Jenayah 2) sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Beliau mengangkat sumpah di hadapan Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais dalam majlis rasmi di Istana Kehakiman.
- Muniandy pernah berkhidmat sebagai Peguam Persekutuan, Majistret, Timbalan Pendakwa Raya dan Pengarah Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia.
- Dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 2019 dan disahkan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 2022 sebelum dinaikkan ke Mahkamah Rayuan.