MALAYSIA
Murid 11 tahun maut ketika program renang sekolah
Seorang murid lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia selepas lemas semasa Program Sokongan Keyakinan Air di Kolam Renang Kompleks Sukan Desa Tasik, Sungai Besi. -Gambar hiasan/iStock
KUALA LUMPUR: Seorang murid lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika menyertai Program Sokongan Keyakinan Air di Kolam Renang Kompleks Sukan Desa Tasik, Sungai Besi, baru-baru ini.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, mangsa merupakan murid Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan yang mengikuti aktiviti berkenaan pada Rabu lalu.
Menurutnya, semasa program dijalankan, mangsa didapati tidak sedarkan diri ketika berada di dalam kolam renang sebelum diselamatkan oleh pengajar dan pihak sekolah yang berada di lokasi.
“Pihak penganjur segera menghubungi pasukan perubatan untuk mendapatkan bantuan kecemasan sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Datuk Fadil berkata, mangsa dirawat selama dua hari di hospital berkenaan namun disahkan meninggal dunia pada Jumaat sekitar jam 2.30 petang.
Beliau memaklumkan, jenazah mangsa telah dibawa pulang ke kampung halamannya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam As-Syuhada, Sungai Udang, Melaka.
“Buat masa ini, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian termasuk prosedur keselamatan yang diguna pakai semasa program berlangsung,” ujarnya.
Tambah beliau, polis turut mengambil keterangan daripada penganjur, jurulatih renang serta wakil sekolah yang terlibat bagi membantu siasatan.
Datuk Fadil menegaskan, aspek keselamatan perlu diberi keutamaan dalam setiap program melibatkan pelajar, terutama aktiviti air yang berisiko tinggi.
“Kita mahu memastikan insiden sebegini tidak berulang dan semua pihak lebih berhati-hati dalam merancang aktiviti luar melibatkan murid sekolah,” katanya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Seorang murid lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia selepas lemas semasa Program Sokongan Keyakinan Air di Kolam Renang Kompleks Sukan Desa Tasik, Sungai Besi.
- Mangsa tidak sedarkan diri dalam kolam renang sebelum diselamatkan oleh pengajar dan pihak sekolah yang turut hadir.
- Polis Kuala Lumpur sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian dan prosedur keselamatan semasa program tersebut.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, mangsa merupakan murid Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan yang mengikuti aktiviti berkenaan pada Rabu lalu.
Menurutnya, semasa program dijalankan, mangsa didapati tidak sedarkan diri ketika berada di dalam kolam renang sebelum diselamatkan oleh pengajar dan pihak sekolah yang berada di lokasi.
“Pihak penganjur segera menghubungi pasukan perubatan untuk mendapatkan bantuan kecemasan sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Datuk Fadil berkata, mangsa dirawat selama dua hari di hospital berkenaan namun disahkan meninggal dunia pada Jumaat sekitar jam 2.30 petang.
Beliau memaklumkan, jenazah mangsa telah dibawa pulang ke kampung halamannya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam As-Syuhada, Sungai Udang, Melaka.
“Buat masa ini, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian termasuk prosedur keselamatan yang diguna pakai semasa program berlangsung,” ujarnya.
Tambah beliau, polis turut mengambil keterangan daripada penganjur, jurulatih renang serta wakil sekolah yang terlibat bagi membantu siasatan.
Datuk Fadil menegaskan, aspek keselamatan perlu diberi keutamaan dalam setiap program melibatkan pelajar, terutama aktiviti air yang berisiko tinggi.
“Kita mahu memastikan insiden sebegini tidak berulang dan semua pihak lebih berhati-hati dalam merancang aktiviti luar melibatkan murid sekolah,” katanya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah mangsa yang meninggal dunia ketika menyertai Program Sokongan Keyakinan Air di Kolam Renang Kompleks Sukan Desa Tasik?
A: Seorang murid lelaki berusia 11 tahun dari Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan. - Q: Apakah tindakan pertama yang diambil apabila mangsa didapati tidak sedarkan diri di dalam kolam renang?
A: Pihak penganjur segera menghubungi pasukan perubatan untuk mendapatkan bantuan kecemasan sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi rawatan lanjut. - Q: Apakah status terkini siasatan mengenai kejadian tersebut?
A: Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian termasuk prosedur keselamatan yang diguna pakai semasa program berlangsung.
#pelajar sekolah lemas
#murid lelaki 11 tahun
#Program Sokongan Keyakinan Air
#Kolam Renang Kompleks Sukan Desa Tasik