awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Murid lelaki 11 tahun disyaki hilang dari sekolah ditemukan selamat

Bernama
Bernama
04/11/2025
15:00 MYT
Murid lelaki 11 tahun disyaki hilang dari sekolah ditemukan selamat
Seorang murid lelaki berusia 11 tahun disyaki hilang dari sekolahnya di Sintok hari ini ditemukan dalam keadaan selamat. - Foto hiasan/BERNAMA
ALOR SETAR: Seorang murid lelaki berusia 11 tahun disyaki hilang dari sekolahnya di Sintok hari ini ditemukan dalam keadaan selamat.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Radzi Abdul Rahim berkata murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Sintok itu ditemukan di kawasan pinggir ladang kelapa sawit kirakira 2.5 kilometer dari sekolah berkenaan.
“Guru Besar sekolah itu menerima maklumat daripada penduduk perumahan di sekitar kawasan berkenaan, yang memaklumkan melihat murid itu berada di pinggir ladang kelapa sawit.
Guru Besar bersama pengawal keselamatan pergi menjemput murid itu pada 7.45 malam dan membawanya pulang ke sekolah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata semasa ditemukan oleh Guru Besar, murid itu berada dalam keadaan terpinga-pinga dan tidak sedar dengan apa yang telah berlaku sebelum diberikan rawatan Islam terlebih dahulu.
“Murid itu ditemukan dalam keadaan berselut dan tidak berkasut tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan. Dia dibawa ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam, bagaimanapun buat masa ini masih belum dapat memberikan sebarang keterangan mengenai apa yang berlaku,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#murid 11 tahun
#Polis Daerah Kubang Pasu
#murid hilang
#Sintok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan