MALAYSIA
Murid lelaki 11 tahun disyaki hilang dari sekolah ditemukan selamat
Seorang murid lelaki berusia 11 tahun disyaki hilang dari sekolahnya di Sintok hari ini ditemukan dalam keadaan selamat. - Foto hiasan/BERNAMA
ALOR SETAR: Seorang murid lelaki berusia 11 tahun disyaki hilang dari sekolahnya di Sintok hari ini ditemukan
dalam keadaan selamat.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Radzi Abdul Rahim berkata murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Sintok itu ditemukan di kawasan pinggir ladang kelapa sawit kirakira 2.5 kilometer dari sekolah berkenaan.
“Guru Besar sekolah itu menerima maklumat daripada penduduk perumahan di sekitar kawasan berkenaan, yang memaklumkan melihat murid itu berada di pinggir ladang kelapa sawit.
Guru Besar bersama pengawal keselamatan pergi menjemput murid itu pada 7.45 malam dan membawanya pulang ke sekolah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata semasa ditemukan oleh Guru Besar, murid itu berada dalam keadaan terpinga-pinga dan tidak sedar dengan apa yang telah berlaku sebelum diberikan rawatan Islam terlebih dahulu.
“Murid itu ditemukan dalam keadaan berselut dan tidak berkasut tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan. Dia dibawa ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam, bagaimanapun buat masa ini masih belum
dapat memberikan sebarang keterangan mengenai apa yang berlaku,” katanya.
-- BERNAMA