TANAH MERAH: Seorang murid lelaki berusia 12 tahun dipercayai dicabul dan cuba diliwat oleh seorang pengawal keselamatan di surau sebuah sekolah rendah agama pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Wan Zulfikri Wan Othman berkata, kejadian dipercayai berlaku pada jam 12.15 pagi ketika mangsa sedang tidur bersama rakan di dalam surau sekolah berkenaan.
Katanya, kejadian itu terbongkar selepas mangsa menceritakan perlakuan suspek lelaki tersebut kepada ibu bapanya yang datang ke sekolah berkenaan.
“Hasil siasatan awal mendapati kejadian mangsa dicabul dan cuba diliwat tersebut berlaku di surau sekolah ketika mangsa tidur bersama rakan di surau itu.
“Pada malam tersebut juga mangsa terlibat dengan program qiamullail,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Sabtu.
Katanya, mangsa memberitahu kejadian cabul dan cubaan liwat itu kepada ibu bapanya ketika dijemput di sekolah tersebut pada jam 10.15 pagi hari sama.
“Mangsa dibawa oleh ibu bapa membuat laporan polis dan dirujuk ke Hospital Tanah Merah untuk pemeriksaan lanjut.
“Susulan daripada itu, pengawal keselamatan yang berusia 38 tahun tersebut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.
Tambah beliau, suspek dibawa ke Mahkamah Tanah Merah pada Sabtu untuk mendapatkan perintah reman.
“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 21 2022
Seorang murid lelaki berusia 12 tahun dipercayai dicabul dan cuba diliwat oleh seorang pengawal keselamatan di surau sebuah sekolah rendah agama pada Jumaat. -Gambar hiasan
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Murid lelaki dicabul, cuba diliwat pengawal keselamatan sekolah
Kejadian dipercayai berlaku pada jam 12.15 pagi ketika mangsa sedang tidur bersama rakan di dalam surau sekolah berkenaan.