MALAYSIA
Murid maut jatuh lubang kumbahan: 'Harap tak kena pada anak orang lain' - Ibu
Fadhlina menziarahi Norfazila dan Khairol Rizal di rumah mereka di Kampung Masjid, Lenggeng pada Ahad.
SEREMBAN: Ibu kepada murid Tahun Tiga yang maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sebuah sekolah rendah di Lenggeng di sini memohon Jabatan Kerja Raya (JKR) menyemak semula aspek keselamatan di lokasi kejadian.
Ringkasan AI
Ibu mangsa, Norfazila Md Lajin, 43, berkata, beliau dimaklumkan bahawa penutup lubang kumbahan menggunakan bahan jenis fiber yang sangat ringan dan mudah diangkat tidak sesuai untuk bangunan sekolah dipenuhi anak-anak kecil.
"Saya tak ke lokasi, tapi saya dengar ramai kata penutup itu jenis fiber. Jadi saya harap pihak JKR tengok semula perkara ini. Kalau boleh, tukar kepada jenis besi yang berat dan tak mudah dialihkan oleh budak-budak. Atau pasang pagar di kawasan itu supaya murid tidak boleh masuk ke kawasan bahaya tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Masjid di sini selepas menerima kunjungan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada Ahad.
Norfazila yang juga seorang guru sekolah menengah berkata, perkara itu perlu diberikan perhatian penuh bagi mengelak insiden sama berulang kepada murid-murid lain.
"Kawasan kejadian juga terletak berhampiran dewan sekolah dan kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
"Anak saya dah pergi, mudah-mudahan perkara ini diambil berat demi keselamatan anak-anak yang lain pula," katanya.
Dalam pada itu guru Matematik tersebut mengakui masih bersedih dengan kehilangan anak lelaki tunggal daripada empat beradik itu, namun bersyukur kerana tidak keseorangan selepas menerima sokongan moral daripada pihak sekolah, jabatan pendidikan dan masyarakat.
"Bila ramai orang datang, saya tak rasa sunyi tapi bila semua dah balik barulah terasa kehilangan itu.
"Arwah seorang anak yang baik, taat dan mudah diasuh. Yang paling terasa, sebelum tidur dia akan cari saya dan suami dulu untuk salam dan ucap selamat malam.
"Itu kebiasaan dia buat setiap malam. Dia juga jenis yang mudah diasuh. Kalau kejut subuh, sekali sahaja terus bangun," katanya.
Tambah Norfazila, hatinya sedikit lega apabila mengingatkan dia sempat menyediakan sarapan terakhir buat arwah pada pagi hari kejadian sebelum anak-anak ke sekolah untuk Hari Sukan.
"Saya sempat sediakan mi hailam dan susu untuk dia dan adik-beradik yang lain. Hari tu dia nampak berselera ketika makan. Kalau ikutkan, dia jenis susah nak makan.
"Selalunya saya buat sarapan ringkas saja sebab nak cepat ke sekolah, tapi hari tu saya ada lebih masa untuk masak. Itu yang masak mi hailam, momen tersebut buat saya rasa sedikit lega," katanya.
Dalam kejadian pagi Sabtu, acara sukan sekolah bertukar kecoh selepas mangsa, Abdul Fattah Khairol Rizal, 9, terjatuh ke dalam lubang berkenaan.
Mangsa yang juga anak kepada Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan dikatakan terjatuh ketika memijak penutup lubang jenis fiber di kawasan sekolah itu sekitar jam 9 pagi. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Ibu kepada murid Tahun Tiga yang maut akibat terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sekolah di Lenggeng memohon JKR menyemak semula aspek keselamatan, termasuk menggantikan penutup fiber kepada besi dan memasang pagar di kawasan berisiko.
- Mangsa, Abdul Fattah Khairol Rizal, 9, dikatakan terjatuh ketika memijak penutup lubang jenis fiber berhampiran dewan sekolah semasa acara Hari Sukan, dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
- Ibu mangsa, Norfazila Md Lajin, masih bersedih dengan kehilangan anak lelaki tunggalnya, namun bersyukur atas sokongan moral yang diterima dan berkongsi momen terakhir bersama arwah sebelum kejadian.