GSF: Kesemua 23 delegasi Malaysia disahkan telah ditahan oleh Israel – Ikuti Laporan Langsung
MALAYSIA

Murid meninggal dunia ketika kejohanan ragbi, KPM batal kejohanan

Bernama 04/10/2025 | 03:20 MYT
Seluruh warga Kementerian Pendidikan mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
IPOH: Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil keputusan membatalkan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025, selepas kejadian seorang murid yang menyertainya meninggal dunia secara mengejut, semalam.

KPM dalam satu kenyataan yang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga murid tersebut memaklumkan bahawa keputusan membatalkan kejohanan sehingga esok dan menjadualkannya semula adalah bagi menghormati pemergian murid tersebut.

"Allahyarham yang rebah ketika perlawanan, telah diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan bertugas sebelum dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

"Seluruh warga KPM mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA



#Kementerian Pendidikan #meninggal dunia #Ragbi #ucapan takziah