KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang dipercayai dalam perjalanan ke sekolah maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan di Jalan Lintas di sini awal pagi Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.48 pagi itu, kanak-kanak perempuan yang belum diketahui identiti disahkan meninggal dunia di lokasi manakala dua lagi mangsa iaitu remaja perempuan berusia 15 tahun dan pemandu perempuan berusia 59 tahun cedera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan treler.
"Hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati pemandu treler lelaki berusia 38 tahun dari Tawau menghala ke Penampang ketika melalui Jalan Lintas telah meneruskan perjalanan kerana lampu isyarat masih hijau.
"Ketika tiba di satu simpang, pemandu Proton Saga yang berada di susur pusingan U dari arah bertentangan tiba-tiba keluar menyebabkan pemandu lori tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian tepi kiri treler tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Susulan kejadian itu, Mohd Zaidi berkata, Proton Saga yang dinaiki tiga mangsa telah terbabas ke bahu kiri jalan.
"Dua mangsa iaitu pemandu dan penumpang telah telah dibawa oleh pihak ambulans ke hospital untuk rawatan selanjutnya, manakala seorang lagi penumpang kanak-kanak cedera di bahagian kepala.
"Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di lokasi pada jam 6.15 pagi dan mayat kemudian dibawa ke hospital untuk dibedah siasat," katanya.
Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, sebaik pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu, sepasukan anggota dikejar ke lokasi kejadian.
"Operasi mengeluarkan tiga mangsa yang tersepit dalam kenderaan segera dilakukan," katanya.
Agustavia dalam pada itu turut memaklumkan bahawa mangsa yang maut tiada hubungan kekeluargaan dengan pemandu.
"Mangsa yang maut ialah anak kepada rakan pemandu dan ketika kejadian berkemungkinan mangsa menumpang kenderaan itu untuk ke sekolah," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 19 2023
Keadaan kenderaan Proton Saga yang terbabit dalam kemalangan dan menyebabkan seorang kanak-kanak maut di Jalan Lintas Kota Kinabalu. -Foto Sinar Harian
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Murid Tahun 1 maut dalam perjalanan ke sekolah
Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan treler.